September 14, 2022

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian.

Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi berjaya.

Katanya kau serupa PIJAK SEMUT TAK MATI. 

Bila dengan orang itu kau kata orang ini.

Bila dengan orang ini kau kata orang itu.


Hei kau KAKI BODEK! Muka kau setebal apa? kulit buaya?

Tak tahu malu canang cerita sana sini.

Pandai memutar kata hingga ada yang percaya.

Jangan nanti kerana mulut badan binasa.


Ambil kesempatan dalam kesulitannya orang makanan kau.

Gigih bercerita bila di tanya berdiam durja.

Eh bila kantoi berlakon kau lah mangsa teraniaya.

Wah! hebat sungguh kau berdusta.


Kau fikir orang sekeliling tidak menjuri?

Mereka hanya memerhati sejauh mana kau pergi.

Wajah polos menjadi topeng muka untuk kau bersembunyi.

Akhirnya orang berlembut hati.


Jelak aku lihat perangainya kau 

Buat baik tidak berpada-pada.

Semua kau sapu rata.

Janji hasrat tercapai jaya.


January 14, 2022

1-2-EAT WITH KINKIN - SEOULNAMI (KOREAN BBQ) EP.1

 Assalamualaikum hai semua..

Untuk entri kali ini adalah entri pertama tahun 2022. Harap tercapai azam korang semua tahun lepas & tahun ini dan seterusnya ya!

Okay lets move on to the main topic which is JJCM. Haa insyaAllah masa-masa akan datang akan ada lagi entri JJCM ni.

Doakan aku rajin guys! hehe..

JJCM untuk episod 1 ini aku ke SEOULNAMI (KOREAN BBQ).

Full address : SEOULNAMI KOREAN BBQ
F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
https://g.page/seoulnamikoreanbbq?share


Catch the wave guys~~ ✨✨🌊🌊


Dekat sana korang akan dapat menu macam kat atas ni. Banyak la combo & ala carte yang boleh korang pilih.  Before aku pergi sini, aku ada la survey harga dan lokasi. Malangnya harga yang ada dalam menu naik sikit dari harga dalam google review. Masa ini aku pilih Semua jenis Beef sahaja.

Beef slice
Daging ni rasa dia okay je. dia maybe perap dengan soy sauce. sedap kalau wrap (ssam)
Ssam - salad wrap set ( Lettuce, carrot, cucumber, green chili - in bucket)


Beef belly
Yang ini a bit salty. kalau cicah dengan BBQ sauce dia memang ngam.

Bone - In Short Rib
Ini adalah salah satu menu yang buat aku nak try makan kan seoulnami ni. Short Rib.
a bit pricy tapi memang diaorang guna daging high premium. Melting in my mouth gituu!

Beef Chuck

Ini daging first yang aku grill. Rasa dia mild je. Memang sedap kalau cicah dengan garam. Swear!

Marinated Kimchi Beef with Bean Sprouts

Daging ni sama dengan daging slice. Beza dia cuma diaorang marinated  dengan kimchi.
Bean Sprouts tu korang makan mentah ranggup wrap dengan ssam pun sedap do'oh.

Kimchi

Side dish yang wajib ada kalau makan makanan korea. kimchi kat sini aku approved sedap!
ada lagi satu side dish tapi aku lupa nak ambil gambar. Pickle radish pun sedap.


kita akan bakar atas grill yang macam tu.
oh btw korang nampak tak sauce yang dia bagi tu?
ada BBQ sauce, Samjang Sauce & Salt.



kat sini guna arang. macam tu. okay lah, tak ada lah kat bawah meja ada gas bagai.
luas sikit bahagian bawah meja.


Sementara menunggu, kita setting table siap-siap!

Overall makanan yang aku makan kat sini semua sedap. kalau korang nak try makan korean BBQ, boleh la datang sini.  Lepas keluar sana aku terus cari dessert pulak. Nak makan waffle sekali ternampak A& W.  



Ok korang, JJCM Episod 1 done. Nantikan Episod seterusnya dalam JJCM bersama Syikin Jefry setiap hari Jumaat. Boleh la masukkan dalam bucket list "makan kat mana?" korang kan.
Sediakan buku nota okay. 

Adios!

 









January 16, 2020

PENGALAMAN + TIPS INTERVIEW GOVERMENT

Assalamualaikum & salam perpaduan semua....

Pada entri kali ini aku just nak update pasal interview aku tahun lepas. Aku just nak share dengan korang pengalaman aku interview goverment lagu mana. Harap perkongsian aku ni beri sikit info dan manfaat especially bagi siapa yang first time dapat interview goverment macam aku..hehe! So entri kali ni mungkin akan panjang. So ya! Harap tak bosan baca ye. Mohon bertahan gais.. 😊

Time dapat panggilan interview tu perasaan excited + nervous tahap meremang bulu roma tu memang ada lah kan. Oh! by the way, aku dapat panggilan interview ni sebab aku lulus PAC tau. Korang akan dapat panggilan interview melalui emel berserta maklumat interview seperti tarikh, tempat, masa dan dokumen yang perlu dibawa ketika menghadiri interview nanti. Korang perlu baca dengan teliti setiap arahan dan kehendak urusetia bagi memudahkan pihak sana uruskan dokumen korang. Kalau boleh buat checklist terus. Senang nanti takde perkara yang terlepas pandang. Kita kena lah well prepared kan.. 

So first step yang aku buat adalah isi details peribadi kat MYRESUME ( https://myresume.spa.gov.my/ ) seperti yang dikehendaki dalam emel yang aku dapat tu. Korang kena sign up dulu tau dan isi semua butiran peribadi serta upload sijil2 akademik korang kat sini. Ye! agak rumit tapi seronok dapat belajaq benda baru kan. Kepada siapa2 yang dah ada account myresume ni just login jela and update butiran korang. Lagi satu korang kena jugak semak pengiktirafan akademik (Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah jika berkaitan) dekat link sini ( http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm ) dan korang kena lampirkan cetakan status pengiktirafan akademik semasa menghadiri interview nanti. (Don't Forget!!)

Step seterusnya aku biasalah runsing pasal baju apa nak pakai time interview nanti. Sibuk2 lah mencari baju dengan kasut. Boleh je pakai macam korang pergi PAC last time tapi aku cari jugak baju baru dengan harapan mencari semangat dan sinar baru. Tiberrr! Ok sambung.. penampilan/pemakaian formal boleh dikatakan penting dan harus dititiberatkan jugak. Kalau kau dapat panggilan interview untuk jawatan Officer tu, biarlah penampilan tu macam officer jugak. Orang kata 1st impression ni penting, jadi bab penampilan kau dah PASS!.

So step seterusnya kena lah korang menunggu tarikh interview yang tersebut dalam emel korang dengan penuh debaran dan kesabaran ye. Ambil masa yang terluang ni untuk korang study sikit pasal jawatan dan kementerian mana yang korang dapat tu. Bukanlah suruh hafal semua menteri kabinet kat Malaysia ni, cume perlu ambil tahu sikit lagi2 kementerian yang korang akan bekerja nanti. InsyaAllah. Macam aku last time dapat panggilan untuk Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 di Bawah Kementrian Pembangunan Luar Bandar. So memang fokus  study pasal Kementerian ni jela. Korang kena tahu siapa Menteri, Perlaksanaan & strategi yang telah atau akan dilakukan and blablabla....Kena jadi kepochi kejap. Nanti info yang korang study ni yang akan bantu korang time interview selain kemahiran komunikasi korang yg superb tu. So Study plis! 

Sehari sebelum interview tu buat final checking dalam checklist korang, mana-mana dokumen yang tak lengkap lagi, sila lengkapkan dan masukkan dalam satu fail. Orang kata kalau nak nak proper letak dalam fail putih jernih tu (orang kata tau bukan aku kata). Prepare semua tu awal jadi korang boleh tidur awal sebab kena sampai ke tempat interview tu awal kan. ( ade 3x perkataan AWAL so itu maksudnye penting gaiss).

D-DAY (Hari Interview)

Hari yang dinanti tiba. Fuh! Degup jantung laju dia tak boleh bincang, tangan sejuk giler..haha.. Alhamdulillah, aku selamat sampai kat Putrajaya awal. Time tu aku interview kat SPA lah.. Dewan interview pun belum buka lagi. Ayoo! Ade 2 orang calon dan masuk aku 3 orang lah tunggu depan dewan tu. Semangat nak interview kau!. Tak lama tu dewan buka. Dalam dewan tu ada meja urusetia betul-betul depan pintu masuk dewan. Kerusi diletakkan di tengah-tengah dewan dan keliling merupakan bilik interview dimana bilik tu nanti akan ada panel interview yang bertugas. Haa dorang ni lah yang akan tentukan nasib korang nanti jadi berbudi bahasalah dengan mereka. Mostly panel adalah dari SPA dan kementerian yang terlibat. 

Makin lama calon makin ramai yang dah ada dalam dewan. 1st impression aku, Perghh! calon-calon yang hadir penampilan dorang macam dah 10 tahun berkhidmat tau. Maybe that time memang ade yang sedang berkhidmat dalam goverment dan nak naik pangkat ke kan. (Husnuzon gaiss) Dan aku baru tahu jugak calon-calon yang hadir hari tu bukan untuk jawatan yang sama dengan aku je. Rupanya ade dua jawatan. (Sorry aku lupa jawatan ape.. maybe jurutera mekanikal kot, kalau tak silap lah)

Dan macam-macam gelagat kau boleh observe time ni. Seronok wei, boleh lah hilangkan sikit nervous tu kan..haha.. Tepat pukul 8:00 pagi, urusetia akan announce kepada semua calon untuk letak dokumen peribadi dekat tray yang disediakan. Fuh! masa tu semua orang bangun dan berpusu-pusu ke meja urusetia. Aku be like "What!!" baik tak payah datang awal. Confirm dapat giliran entah yang ke berapa tah. So aku redho jela cerita dia. (Sebenarnya aku dah mengenangkan nasib husband aku menunggu dengan setia kat dalam kereta). Panel pun dah ready masuk bilik interview. Tak lama tu urusetia akan panggil nama calon untuk ambil balik dokumen beserta angka giliran dan nombor bilik interview. 

Aku punya angka giliran tak silap 008. Guess what!? Angka giliran aku adalah yang pertama tertera kat electronic screen number tu wei..haha..gelabah gilerr semua orang pandang aku dengan pandangan "Wei gud luck lah!"..So bangun dan bergegas lah masuk ke bilik interview. 

Masuk je aku nampak 2 orang panel. Mereka dari SPA dan KEMAS. Pegawai SPA yang jadi panel aku YBhg. Datuk Nor Rizan Bin Mohd Thani. Soalan -soalan yang beliau ajukan lebih kepada umum sahaja seperti jawatan apa yang kau dapat, kalau ditugaskan ke luar negeri macam Sabah & Sarawak adakah kau akan terima . And unexpected question keluar which is aku expect beliau akan tanya siapa menteri Pembangunan Luar Bandar. And unfortunately beliau tanya aku siapa ketua setiausaha negara. hahaha.. okay, bye! Tu jela soalan yang diajukan kepada aku. Oh ya! jangan lupa untuk panggil pangkat kalau panel korang ade dato'/datin/Haji ke Hajah ke. Kalau panel dengar kau panggil full name dia, pun dah kagum aku rasa. Macam mana nak tau, haa pergi lah usaha sikit tanya kat meja urusetia tu, korang kan dah tau bilik interview mana lepas dapat angka giliran kan. So tanya kat urusetia bilik interview korang siapa panel dan dari mana. Easy right!?

Okay lepas tu soalan yang lebih menjurus kepada kementerian diajukan kepada aku oleh pegawai dari KEMAS. Beliau merupakan pengarah KEMAS Selangor, Encik Mohd Ali Hanafiah Bin Abu Hassan. So mostly soalan beliau memang berkaitan KEMAS jela. Selamat aku study, memang excellent lah menjawabnya kan. And the best part in my interview is aku menyanyi gais..serious! Haha.. Beliau minta aku nyanyikan satu lagu kanak-kanak yang aku tahu. What?! Wait!? Ya Allah! time tu aku nak nyanyi lagu baby shark. Tapi aku terfikir time aku tadika mana ade lagu gitu. Like macam tak relevan je untuk education level ni. So aku pun nyanyi lah lagi "Bapaku Pulang Dari Kota"..hahaha.. best experience ever  in my life..Aku cakap dengan dorang kalau ade budak-budak depan aku sekarang, aku akan buat gaya sekali..tapi tulah takde,,lalu kami bergelak tawa bersama-sama memecah kesunyian bilik. Aku bernasib baik sebab panel aku baik giler and sporting jugak lah.

So itu je yang dapat aku kongsi pasal interview goverment ni dekat korang semua. Moga perkongsian kali ni boleh bantu korang untuk buat preparation ke interview. Oh ya! Keputusan interview korang boleh semak kat website SPA bila dorang dah announce result keluar lah. Untuk interview first time dengan goverment ni aku GAGAL..Takde lah lama sangat nak tunggu result keluar. Lagi lama tunggu result PAC keluar hari tu.

Tips interview :-

** Sebelum masuk bilik interview, mohon korang untuk ketuk dulu pintu ye..3x ketuk tau..kalau panel suruh masuk, baru masuk. Kalau tak dengar panel kata masuk, Ketuk lagi 3x..Jgn tunggu depan pintu sampai petang pulak. hah!

** Boleh lah bersalam dengan panel ambil berkat..haha..(yg sama jantina dengan korang je tau..jgn buat panel serba salah nak salam dgn korang pulak..)

** Sila duduk kalau panel jemput duduk. Kalau dia tak jemput duduk, Mohon untuk korang minta izin untuk duduk. ( haaa...kan tu polite je tengok anak mak cik senah ni )

** beg dan fail korang boleh je letak kat bawah kaki belah kiri tau kanan korang. Atau letak atas meja yang disediakan kalau ada. Jgn dok pegang beg tu macam ada emas intan berlian kat dalam tu. Ayoo!

** Postur badan ketika duduk tu jgn lah macam orang malas nak hidup dah. Kalau boleh duduk selesa je. Duduk tegak macam patung pun not recommended. Kang nak jawab soalan pun terganggu.

**Ucaplah terima kasih kat panel sebelum beredar sebab sudi luangkan masanya untuk hari ni. Dan korang boleh senyum sampai telinga sebab azab dah habis.. haha


Sampai sini je entri kali ni gais. TQ baca sampai habis.. Cau!


April 10, 2019

Penghutang Mengemis

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Aku pun tak pasti kenapa keadaan/situasi macam ni selalu berlaku dimana orang berhutang dengan kita tapi payah benor nak bayar balik. Lepas tu kita ni mintak duit kita macam pengemis. Rasa malu ada, rasa serba salah pun ada. Aku respect betul ahlong2 yang pinjamkan duit kat orang luar tu. Tak malu nak mintak duit dia. Kalau taknak bagi simbah cat merah, cari ahli keluarga, ugut bunuh lah ape lah. Ada relevennya tindakan si ahlong tu rupanya.

Sebab sekarang orang yang berhutang ni buat-buat lupa yang dia pinjam duit dengan orang. Dah sedap berjimba-jimba dengan hasil titik peluh kawan tu, kau senang sikit terus lupa nak bayar. Aku tak boleh empati lah orang yang macam ni. Apa yang dia rasa bila dah guna pakai duit lepas tu kawan mintak banyak kali buat bodoh dia je. Time pinjam jam tu jugak kau nak. haaa ni yang menyirap nih!

Langkah-langkah mengelak orang yang payah nak deal nih! :~

1. Cukup sekali dia buat kau, next time keraskan hati.

2. Buat bodoh macam dia bila dia mintak pinjam petih. Sampai 10 kali whatapp satu hari, Lepas tu esoknya baru kau reply balik cakap aku busy kerja cari duit. (Biar dia sedar nak duit bukan senang-senang mintak,senang-senang nak bagi)

3. Kalau nampak dia whatapp, cepat2 offline.

4. Remind dia tiap hari hutang bila nak bayar sampai dia jadi rimas lalu membayar hutang anda. Dia bukan kisah pun bila kau takde duit nak makan ke ape. Kita je yang kena faham situasi buruk dia tu. dianya tak!

5. Orang macam ni akan ghaib bila kita cakap bila nak bayar hutang kita. bertabahlah, tu je kau mampu buat selagi dia tak bayar hutang kau. Once dia dah bayar sila lah block dia. Tak rugi hapus kawan macam tu dari friendlist!.fed up!

Moge langkah diatas dapat membantu pengemis duit sendiri dari berlaku banyak kali ke atas kalian semua. bertabahlah~~


P/s : kau dah lah tak bayar lagi, pastu block aku. Ape manusia lah kau ni. Kalau kau mengelak jumpa aku kat dunia ni takpe..aku tunggu kau kat padang sana nanti ye.


P/s : Bukan marah,nasihat lah..kalau masih tak boleh bayar just jujur je..jangan bagi harapan kat aku petang ni lah, esok pagi lah..sebulan tunggu! bukan banyak pun.



March 25, 2019

keputusan PAC!

Assalamualaikum & hai semua..

hah! baru boleh lepaskan nafas lega. keputusan PAC lepas dah kelauq dah..punyalah lama menunggu dengan penuh kesabaran di dada. Akhirnya 19 mac 2019 dapat email dari SPA.
 Alhamdulillah aku berjaya. tak letak harapan tinggi sebab yang pergi PAC hari tu semua hebat-hebat. nampak macam pegawai kerajaan yang dah berkhidmat 10 tahun lebih. Kita yang baru first time pergi ni terasa kerdil.

Alhamdulilah syukur Tuhan masih beri peluang dan ruang untuk aku melangkah ke arah yang lebih baik.okay siapa yang berjaya aku ucap tahniah! jumpa masa interview nanti ya..good luck! siapa yang tidak, masih punya peluang. jangan give up! aku doakan kalian dipermudah jalan kejayaan. begitu juga aku..


Tu je nak share sekarang ni. cau!

December 17, 2018

**PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) - Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41)**

Assalamualaikum & salam sejahtera..salam perpaduan..

Pada entry kali ni aku nak share mengenai PAC yang aku dah hadiri pada 2 Disember 2018 lalu. seperti semua sedia maklum PAC a.k.a Program Assesment Centre yang mana bagi aku ia merupakan satu program untuk menilai kemahiran komunikasi interpersonal kau dengan manusia lain atau interaksi kau dengan sekumpulan manusia lain. Ia juga akan menguji tahap personaliti kau secara umum dengan menggunakan mekanisme yang telah ditetapkan oleh SPA.. PAC aku yang lepas adalah jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat gred (S41) dibawah Kementerian Pembangunan  Luar Bandar (KPLB).  ( http://www.rurallink.gov.my/en/ )

Pada mulanya aku dapat tahu mengenai PAC ni melalui personal emel aku. Sebenarnya aku nak delete emel yang menyemak kat inbox yang tak sempat nak baca dan aku ternampak emel SPA ni. selamat tak terlepas "lagi ". haaa aku pernah juga dapat PAC jawatan Pegawai  Belia  & Sukan bawah KBS. Tapi malangnya aku tengok emel on that day PAC tu berlangsung dan aku tengah sibuk kat office..hampehh..memang rugi besar lah.. Mungkin takde rezeki aku kat situ kan..ok takpe! sambung cerita..bila aku tengok emel tu terus aku tengok details apa yang penting seperti, tarikh,masa,tempat & dokumen yang perlu aku bawak pada hari kejadian..dalam emel tu juga ada jadual program..aku pun menunggu lah hari tersebut kunjung tiba..

PERSEDIAAN SEBELUM PAC

Selepas aku dapat tahu yang aku terpilih untuk program ni, aku terus google pasal PAC ni untuk tahu lebih lanjut sebab aku first time nak join program ni kan..rata-rata PAC yang lepas memerlukan satu hari untuk menghabiskan program tapi kali ni lain sikit sebab half days je dah boleh settle.
yang aku baca di blog yang lain mereka mempunyai 4 aktiviti manakala PAC kali ni hanya ada 2 aktiviti sahaja..(aku akan cerita lagi details 2 aktiviti aku kat bawah ni..)

SEMASA PAC

Antara perkara yang ditiitkberatkan adalah pemakaian /penampilan kalian pada hari tersebut. Kalian wajb memakai pakaian rasmi/formal dari atas sampailah kebawah..pakailah biar nampak macam pegawai sikit..haaa..jangan lupa dokumen dan alat tulis untuk menulis atau mengisi dokumen jika perlu. (al-kisah aku cari kasut yang macam guru besar pakai tu tapi mostly kedai yang aku pergi takde size aku..pffftt! ramai nau kot yang beli kasut nak ke PAC time tu..ahahah)


Pada jadual yang disediakan aku dapat sesi 1 iaitu sesi pagi buta. So dalam 7 pagi dah terpacak kat INFRA Kajang tu. ( http://www.infra.gov.my/web/BM/ ) Ingatkan aku je yang awal rupanya ada juga buddies yang semangat macam aku. Sampai kat depan dewan je fasi akan meminta kalian beratur untuk mengambil nombor badan. oh ya! dalam PAC ni kalian akan dikenali melalui nombor badan bukan nama ya~. Selepas tu aku dan yang lainnya diarah untuk masuk ke dewan. Sejurus masuk  ke dalam terus beratur balik untuk rekod berat dan tinggi..haah! kantoi disitu ye..BMI aku lalalala...lepas habis tu korang akan diarahkan pergi ke pegawai yang bertugas untuk mendaftar dengan membawa dokumen yang telah siap diisi dan gambar berukuran passport mereka nak jugak. Seterusnya kami mendengar taklimat ringkas dan sesi bergambar sebelum aku dan yang lainnya dibahagikan mengikut kumpulan.

Aktiviti 1 (perbincangan berkumpulan) - 1 JAM

Motif aktiviti - aku rasa aktiviti ni nak tengok team work kau dengan yang lainnya jika dapat sebarang tugasan. Tajuk yang kami dapat pada hari tu mengenai kebimbangan komuniti setempat terhadap projek insinerator sisa pepejal yang akan dilakukan oleh kerajaan. Bincangkan jalan penyelesaian mengikut jawatan yang diberikan. Hari tu lebih kurang 10 jawatan yang diberi seperti pengerusi majlis, YB/ADUN, pegawai PBT, Wakil belia, wakil wanita, wakil penduduk kampung, wakil NGO, pegawai daerah, wakil surau/masjid. Havoc jugak time discuss tu wei..semua nak tonjolkan diri, nak lontarkan buah fikiran masing-masing. Lepas berbincang inisiatif yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut, kalian akan diberi masa 10 minit untuk bentangkan apa yang telah dibincangkan. So settle satu aktiviti!.

Aktiviti 2 (Public Speaking) -  1 JAM

Haa guys,,rata-rata dalam group whatsapp PAC semua calon gelabah pasal ni lah. Aktiviti 2 ni public speaking yang mewajibkan kalian untuk bercakap fully english depan ahli kumpulan kalian yang tadi tu. Kalian akan cabut satu topik yang akan diberikan oleh fasi dan diberi masa selama 5 minit untuk bercerita mengenai topik tersebut. Walaupun hanya 5 minit, bila berdiri kat depan tu..rasa macam 5 jam tau..hahah..sejuk kaki tangan,muka pucat.. tapi kita enjoy je..jangan risau! Topik yang diberi takdelah yang memerlukan fakta sangat, lebih kepada topik umum yang korang dapat share guna apa yang ada dalam kepala otak je. Aku dapat tajuk "Effectiveness of public transportation in Malaysia". Motif aktiviti - aku rasa dia nak tengok confident level kau bercakap depan khalayak ramai..dalam taklimat ringkas pagi tu,disebabkan aku tak tidur dengar taklimat tu, aku dapatlah cerap apa yang pegawai tu sampaikan. (tak ngantuk sebab risau!) pegawai tu ade cakap, Tun M ada cakap at least pejawat awam berupaya untuk berbahasa inggeris. Lepas aktiviti ni kalian boleh beredar terus ke pintu keluar INFRA tu dan tinggalkan nombor badan yang ada kat bilik.

So tu je yang aku nak share pasal PAC yang aku dah pergi. haa! sebelum terlupa..sehari lepas PAC ni, kalian akan diminta untuk menjawab ujian psikometrik yang mempunyai soalan sebanyak 199 soalan dalam masa yang diperuntukkan untuk menjawab adalah selama satu jam sahaja. Tempoh diberikan untuk membuka links tersebut adalah 24 jam sahaja. So within 24 hours after kalian habis PAC tu dah boleh jawab.

Aku harap dapat membantu sikit for who those yang baru first time nak pergi PAC ni. Macam aku..heheh!


P/s: Buat preparation awal untuk ke sana nanti bagi menggelakkan kesulitan ke atas kalian terjadi.

P/s : Doakan aku guys, ada rezeki dapat pergi interview pulak.

P/s : Moge aku, kau, dan mereka dapat selangkah menuju kejayaan dalam hidup dunia & akhirat.










December 10, 2018

"GUNPLA A BUILDERS WORLDCUP 2018!"


The World Has Yet To See Your "GUNPLA"!!!


Lately ni zauj kakak suka nau tengok gundam. Pagi petang layan gundam je keje dia. Nak dijadikan cerita, dia ada ternampak iklan kat instagram dia pasal gundam expo 2018 ni dan 1 week before GUNPLA ni zauj kakak  dah ajak teman dia. Disebabkan dia dah layan kakak jadi korean food hunter, layan kdrama bagai, kakak pun dengan senang hati nak pergi teman dia ke sana.



 Setiap tahun akan diadakan kejuaraan tahunan GUNPLA which is Gunpla Builder World Cup (GBWC). Dan yang lebih awesome, pemenang competition ni akan mewakili negara Malaysia ke peringkat Dunia. woww!..

Tahun ni GUNPLA expo 2018 diadakan dekat Mytown Kuala Lumpur. Time kakak sampai tu takdelah crowded sangat mungkin sebab pergi time expo tu dah nak habis dn closing expo tu sebenanrnya pada keesokkan harinya. Staff kat situ cakap esok meriah yang amat sebab kita akan tahu pemenang GBWC 2018 yakni dialah yang akan jadi wakil negara nanti. Tapi yelah dah pergi harini kan, esok mungkin tidaklah nak pergi kan..haha..


Sekitar GUNPLA EXPO 2018 hari tu..okaylahh tak crowded nak tengok & nak beli..






 Nice giler piala dia kan! 😍😍



Zauj kita dalam diam kita biarkan dia, sampai dua belinya..sabo jela..



Semua contestant yang masuk competition ni akan mempamerkan GUNPLA dorang kat cermin kaca kat atas tu.. memang superb! kreatif gilerr lah dorang create gundam..fuhh! kalau tak caye jum tengok macam mana dorang mengekspresikan kreativiti..check this out!












Yang ni rare. Kakak tak tahu macam mana dia boleh terfikir nak buat pemegang keris tu daripada gundam..haha..very good idea but bagi kakak tak stabil untuk dibawa pergi berperang. Tapi kakak sangat sangat sangat sukakan inovasi yang dia ketengahkan! clap2!!








Cuba cari mana gundam dia?..kakak pun mencari jugak mulanya.terfikir dia mungkin guna teknik bayang sebab memang tak nampak..haa yang ni sesuai pergi berperang sebab mungkin musuh tak kan nampak dia kat dalam hutan belantara macam tu kan.




Last but not least, kakak harap entry ni berguna untuk fans gunpla yang lainnya. Mana tau ada yang berminat masuk competition ni kan..Ataupun nak jadikan hobi sepanjang hayat ke..kakak rasa lagi better daripada kau buat benda yang kurang berfaedah kat luar sana. Okay adios!


P/s : Ni kakak punya gundam dan kakak yang bina sendiri dibawah pemerhatian zauj tau. Kalau takde dia kakak rasa tak kan berjaya kot. Nak jugak experience sendiri macam dorang yang lain. Seronok gak wei!






 Ni bila zauj tinggalkan kejap..patut nampak pelik je.. Kakak ingat dia ade lemak kat peha..hahaha..sekali terbalik daaa..


Tadaaaaaaaaa!!!!!!!!!! dah siappp..bangga wei..haha


si Leha ni memang gitu, cepat sangat jatuh cintanya. Leman baru confess perasaan kat dia terus declare time tu jugak.. habis bunga potpourri kakak jadi mangsa. Moge bahagia hingga jannah.






















Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...