December 08, 2016

surat kebenaran

I have a pen, my pen is blue,
I have a boyfriend, my boyfriend is you..

Itu surat cinta monyet aku time nak pujuk monyet..eh silap..Nak pujuk boyfriend time muda remaja. Surat kebenaran yang ini lain sikit. Apa yang lain?. Surat ini untuk mina izin jaga tepi kain kau sendiri bukan orang sebelah kiri mahupun kanan. Bukan apa, kalau tak kau tak ke sudah mem'busy"kan diri bercerita mengenai yang lain.

Kehadapan kaki menyibuk,

Aku harap kau baik-baik saja. Aku harap kau bukan sedang berbisik mengenai aku, pakainya aku, jiran tetangga aku atau orang di sekitar yang kadangnya tidak pula kau kenal. Aku harap kau duduk diam-diam, tengok cerita hindustan sambil makan kuaci..Itu sudah memadai..

Wahai CNN bergerak,

Merujuk kepada perkara diatas, aku memohon untuk meminta izin supaya kau sibuklah mengeani hal ehwal hidupnya kau terlebih dahulu sebelum mengambil berat kepada yang lainnya. Aku tahu niat murni kau yang amat prihatin, cumanya prihatin kau itu bukan membantu tapi menambah kusut sesuatu keadaan. Aku puji dan sanjung niat mulia kau untuk bantu selesaikan masalah tapi inisiatif yang kau laku tidak bertepatan dengan keadaan pada saat dan ketika itu.

Wahai tukang jahit tepi kain orang,

Jangan lupa kau juga manusia. Yang mungkin nanti akan khilaf dan melaku silap. Dan jangan kau salahkan yang lain jika hal ehwal kau kelak dicarut dicanang. Jangan kau lupa juga manusia hidupnya ada turun naik, maka aku cuma tidak mahu hal yang sadis menimpa kau atas perilaku kau sendiri. Jangan kau lupa satu hal, manusia yang kau prihatin masalahnya juga punya mulut seperti kau yang sama-sama longkang.

Wahai kaki busy body,

Akhir sekali, aku doakan kesejahteraan kau. Moga-moga kau ada sedikit insaf selepas baca surat aku ini. its okay! aku dah maafkan kau. sekarang pergi minta kepada yang lainnya sebelum kau lewat.

p/s: Aku ingat nak beli cermin besau sikit, boleh cermin diri dulu. Then baru boleh nasihatkan orang lain..hahaha

p/s1: Aku tak marah, itu hak individu, itu mulut kau, itu kau yang bersyair. Terserah kau!

p/s2: Mohon maaf atas segala khilaf aku..Aku manusia untuk pengetahuan kau..

AKU ADA ENGKAU ADA

aku ada kerna kau ada..tu tajuk lagu..kisah ini bukan..ini kisah dongeng hikayat lama-lama yang mana aku ada engkau ada..memang kebetulan dunia betul..

Aku ada patung beruang,engkau ada patung beruang tapi saiznya sebesar engkau. Aku ada handbag baru, engkau pun ada juga handbag baru, tapi baru beli dari Paris kiriman dari ibu saudara yang baru pulang dari sana sempena hadiah ulang tahun kelahirannya engkau. Aku punya baju baru dan engkau pun punya tapi bajunya engkau pereka baju Amyra Rosli yang jahit. Aku punya Mr.sayang sekacak Jonghyun CNBLUE yang bercoklat anak mata. Dan seperti selalunya kau pun ada Mr.sayang yang setampan Jonghyun CNBLUE yang bercoklat anak mata tapi hidungya lebih mancung sedikit kata engkau.

OK! bila aku ada, engkau ada buat aku rasa macam engkau ni mengada-ada. Mengadakan cerita dan benda yang aku kurang pasti akan kewujudannya. Bukan aku menyimpan hasad, cumanya secalit curiga yang bermain di sanubari di atas keadaan engkau yang selalunya sama. Aku tahu bukan aku cuma yang punya itu dan ini, bisa beli itu, bisa beli ini. Mampu dapat itu dan ini tapi mengapa sama sebijik seperti aku kisah trilogi hidupnya engkau?. Aku merasa engkau seperti bayang-bayang tapi bayang-bayang yang over shadaow kerna yang engkau punya wajib lebih gah dan maha hebat darinya aku.

Mungkin hanya aku berfikirnya yang tidak-tidak. Wahai teman kita serupa kerna apa yang aku ada engkau pun ada. Aku khuatir satu hari yang akan datang kemudiannya, aku keliru adakah  engkau dan aku sama orangnya atau hanya selera yang sama bagai nak gila. Mungkin engkau hanya mahu berada sebaris dengan aku dan bukan terbelakang tapi wahai engkau, aku pun bukanlah maju kehadapan yang sangat. Barangkali kau boleh mengikut orang lain yang mungkin lebih supaya kau berlebih-lebih dari sekarang. Tapi bukan itu yang aku mahu. Aku mahu engkau berhenti dari masuk ke dunia orang lain dan bina empayar engkau sendiri. pasti hidupnya engkau lebih tenteram dengan cerita membahagia engkau.

p/s: Cukuplah! bersyukur atas nikmat yang diberi..Sekarang sudah lebih dari memadai..(yang ini nasihat untuk aku..)

p/s1: jangan cuba untuk stress kan diri anda dengan cerita-cerita dongeng yang anda menjadi directornya. Sebab ending dia selalunya tak best.

p/s2: kalau nak buat life comparison engkau dengan orang lain..Compare lah dengan yang keadaan lifenya yang jauh lebih sukar daripada hidupnya engkau. jangan sesekali compare dengan life orang lain yang lebih senang daripada engkau..pasti engkau menangis teresak-esak..

p/s3: Inspirasi coretan cerita di atas dapatnya dari sudutan drama melayu petang-petang yang biasa aku tonton. Menarik!

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...