December 08, 2016

AKU ADA ENGKAU ADA

aku ada kerna kau ada..tu tajuk lagu..kisah ini bukan..ini kisah dongeng hikayat lama-lama yang mana aku ada engkau ada..memang kebetulan dunia betul..

Aku ada patung beruang,engkau ada patung beruang tapi saiznya sebesar engkau. Aku ada handbag baru, engkau pun ada juga handbag baru, tapi baru beli dari Paris kiriman dari ibu saudara yang baru pulang dari sana sempena hadiah ulang tahun kelahirannya engkau. Aku punya baju baru dan engkau pun punya tapi bajunya engkau pereka baju Amyra Rosli yang jahit. Aku punya Mr.sayang sekacak Jonghyun CNBLUE yang bercoklat anak mata. Dan seperti selalunya kau pun ada Mr.sayang yang setampan Jonghyun CNBLUE yang bercoklat anak mata tapi hidungya lebih mancung sedikit kata engkau.

OK! bila aku ada, engkau ada buat aku rasa macam engkau ni mengada-ada. Mengadakan cerita dan benda yang aku kurang pasti akan kewujudannya. Bukan aku menyimpan hasad, cumanya secalit curiga yang bermain di sanubari di atas keadaan engkau yang selalunya sama. Aku tahu bukan aku cuma yang punya itu dan ini, bisa beli itu, bisa beli ini. Mampu dapat itu dan ini tapi mengapa sama sebijik seperti aku kisah trilogi hidupnya engkau?. Aku merasa engkau seperti bayang-bayang tapi bayang-bayang yang over shadaow kerna yang engkau punya wajib lebih gah dan maha hebat darinya aku.

Mungkin hanya aku berfikirnya yang tidak-tidak. Wahai teman kita serupa kerna apa yang aku ada engkau pun ada. Aku khuatir satu hari yang akan datang kemudiannya, aku keliru adakah  engkau dan aku sama orangnya atau hanya selera yang sama bagai nak gila. Mungkin engkau hanya mahu berada sebaris dengan aku dan bukan terbelakang tapi wahai engkau, aku pun bukanlah maju kehadapan yang sangat. Barangkali kau boleh mengikut orang lain yang mungkin lebih supaya kau berlebih-lebih dari sekarang. Tapi bukan itu yang aku mahu. Aku mahu engkau berhenti dari masuk ke dunia orang lain dan bina empayar engkau sendiri. pasti hidupnya engkau lebih tenteram dengan cerita membahagia engkau.

p/s: Cukuplah! bersyukur atas nikmat yang diberi..Sekarang sudah lebih dari memadai..(yang ini nasihat untuk aku..)

p/s1: jangan cuba untuk stress kan diri anda dengan cerita-cerita dongeng yang anda menjadi directornya. Sebab ending dia selalunya tak best.

p/s2: kalau nak buat life comparison engkau dengan orang lain..Compare lah dengan yang keadaan lifenya yang jauh lebih sukar daripada hidupnya engkau. jangan sesekali compare dengan life orang lain yang lebih senang daripada engkau..pasti engkau menangis teresak-esak..

p/s3: Inspirasi coretan cerita di atas dapatnya dari sudutan drama melayu petang-petang yang biasa aku tonton. Menarik!

3 comments:

  1. Kemain dah ada mr sayang macam jonghyun CNBlue. Tiba-tiba rasa jeles.. Hmm (-_-) Kawin kena jemput ok. Hee.. Pernah jugak jumpa orang macam ni. Jenis yang tak boleh tengok orang lebih sikit daripada dia. Contoh, time blaja dulu nampak orang studi, time tu la dia tergopoh gapah nak studi (buat-buat studi) jugak. Padahal entah masuk ke tak apa yang dia baca tu.

    ReplyDelete
  2. haha..bertuah la sy kalau dapat yg mcm Jonghyun tu..InsyaAllah,doakan sy ye..kannn,heran sy dgn golongan yg mcm ni..taknak mengalah..sampaikan cerita dia luar dari kotak pun ada..haha..jadi saya buat keputusan utk benarkan dia bahagia mcm tu dgn ceritanya..kena ajar dia ucap Alhamdullillah mungkin..

    ReplyDelete
  3. Amboi statement, yang sekarang ni tak macam jonghyun ke? Kecik hati dia nanti. biasa la manusia, macam2 ragam. Ni kira salah satu type dia la ni. kita layankan je sambil makan popcorn ye? (^.-)

    ReplyDelete

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...