February 08, 2017

DONGAK KE LANGIT

Hidung kau tinggi, bukan sebab kau mancung. hidung kau tinggi bukan sebab kau banyak kacuk. tapi hidung kau tinggi sebab kau selalu mendonggak ke langit. tak hirau orang, tak prihatin sikapnya kau, tak mahu bergaul dengan yg bukan setaraf dengan standard piawainya kau.

Tahulah wahai kau, takabur terhadap nikmat yg kau punya. jangan sampai tertarik segala nikmat itu sudah. kau angkuh dengan harta. kau angkuh dengan apa adanya kau. "show off" yg melampau merupakan sikap yg sinonim dengan dirinya kau. "aku punya kereta, boleh pergi jauh berjalan ke merata tempat dan pelesuk". tapi kau lupa nak bawa mama pergi pasar beli lauk. dan bila harinya hujan, kau memandu kemain laju langgar lompak air tersimbah pejalan kaki hingga kuyup di awal pagi tanpa belas kasih. " aku punya rumah besar bagai istana, boleh ajak jiran beirtahu perkabaran seluruh kampung betapa besaq rumahnya kau. tapi kau lupa nak ambil kembali ibu kau yg diamnya dia di rumah orang tua di pinggir bandar.


p/s : habis lencun aku kena simbah. kuyup tau!

p/s2 : buatlah perkara yg memuaskan hati kita sendiri, jangan terlampau fikir pasal persepsi orang lain terhadap kau.

No comments:

Post a Comment

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...