May 12, 2017

GILA!

dunia makin pelik! dunia makin padat dengan manusia yang pelik onahnya. pemikiran dibawah sedar manusia yang cenderung untuk melakukan sesuatu yang gila! yang di luar norma biasanya komuniti mereka.
Frued juga pernah menyebut dalam teori psikoanalitik beliau dimana ID merupkan ego/ kehendak seseorang individu yang wajib dipenuhi. jika tidak individu bakal bertukaq menjadi hijau dan akan menghuru-harakan seluruh bandar. (lol!)
gila! manusia gila!
kerana dendam kesumat sanggup menduakan tuhan. menyebur sana dan sini demi kepuasaan hati yang hitam.
gila! manusai gila!
kerana cinta yang mengila sanggup bergadai nyawa yang nyata bukan hak kita untuk dicabut demi sang kekasih yang berani mendua.
gila! manusia gila gamaknya!
kerana perasaan mengjengkelkan tersimpan terlalu lama, engkau tergamak melapah daging, menjilat darah orang tua sendiri demi mendapatkan ketenangan semasa pulang ke rumah.
gila! manusia gila akhirnya!


apabila manusia yang selalu normal mendapat tekanan jiwa dan mental mampu bertukaq menjadi seseorang yang lain. yang tak termampu engkau bayangkan zalimnya, yang tak tercapai akalnya engkau untuk memikirkannya.

gila! dunia banjir dengan manusia yang sakit mentalnya. hitam hatinya. mungkin kerana desakan hidup yang memuncak membenarkan tindakan bawah sedarnya engkau menguasai keadaan hidupnya engkau!. tak percaya? tengok keliling, buat penilaian. dan engkau akan lebih menghargai setiap detik hidup kerana engkau masih sihat mentalnya. santap nikmat sepuas-puas sebelum kau menajdi separuh daripada warga gila.

p/s : untuk kalian lebih menghargai hidup kalian, aku syorkan kalian baca buku kontrol histeria, gila, main gila, heroin. ini semua bawah terbitan legen press. (kalau tak silap lah). buku ni banyak buat aku buka mata, buka hati.

p/s 2 : aku suka baca buku seram, yg gila, yg psiko. kecuali cinta lah..aku tak berapa minat. kalau korang ada suggestion buku yg best2 dlm genre yg aku suka tu boleh comment sikit kat bawah.

PICKUP LINE 24/7

Pipi aku bolehnya tukar jadi pau kacang merah akibat asyik tersenyum dari pagi sampailah ke petang bila tengok pesanan ringkas yang engkau hantaq. bibirnya aku sudah mulai kebas dengan senyuman yang tak lekang gara-gara ayat kau yang semanis kurma tu! (boleh kena diabetes woo!)..

Walaupun sudah berjuta kali kau beri ayat yang sama manisnya dengan gula pasir tapi aku ini tetap mencair macam ais krim vanila makannya ditengah terik panas hari. engkau buat aku benar-benar rasa seperti ada rama-rama dalam perut berterbangan takkala kau menghiburkan aku dengan kata-kata pujangganya engkau.

tapi tu dulu lahhh..duluu..haha 


Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...