November 28, 2016

Kelam Bin Kabut

Angkat kain jemuran, hujan nak turun..Rupa-rupanya si sudin siram air kat pendekar Mustar daa..sebab nampak anak Pak Mustar,si Ros berjalan tergelek-gelek..haha..Ready payung sebelum hujan. Ya! bagus tindakan awal itu. Baik kita elak daripada terkena takut terdemam labi-labi pulak, sudah esok isnin kebetulan minta mc..

Keadaan jadi kelam kabut, haru-biru bila ketidakhadiran kau ke tempat kerja membuatkan boss akan keep calling tanya itu dan ini. Tidak pula ada siapa yang tahu bidang kerja yang kau lakukan. Itu salah kau sebab tak turunkan ilmu cepat-cepat dekat kambing hitam.

Bila hari present workfiled/research, perut kau mula meragam minta membuang sisa yang tak perlu oleh badan. Pada hari yang sama juga pendrive kesayangan yang banyak berjasa itu telah terkena virus anjing gila yang mana terus menyalak dan melarikan segala data dan slide presentation kau. Dengan perut sakit memulas-mulas, kau menangis berlalu pergi menhadap yang mulia lecture. Puji dia, sanjung dia dengan harapan kau dapat postpone hari pembentangan kau ke hari berikutnya. 85% dia seperti telah jatuh ke dalam penipuan verbal kau tadi cumanya lagi 15% tak menjadi sebab kau lupa zip semula celana disebabkan kelam kabutnya hari kau itu.

p/s: Walau apa pun terjadi, kau harus tabah untuk tempuh hari berikutnya. jadikan hari semalam sebagai satu panduan untuk hari berikut bukan untuk diulang tapi dielak daripada berlakunya peristiwa yang seram tu terjadi.

p/s2: Dalam hal ini pisang mungkin boleh berbuah dua kali..so hati-hati kawan.

p/s3: Walau rushing macam mana pun, zip jangan lupa tutup. Demi kebaikan bersama..

9 comments:

  1. Memang ingat scene filem P.Ramlee betul ni.

    Cerita pasal pendrive kena serangan virus memang pernah jadi masa hantar proposal tesis dulu. Printer habis dakwat so bawak pendrive ke cc, cucuk, bukak, apa pun takde. Masa tu memang fikir repeat satu sem lagi la jawabnya tapi nasib baik ada member reti cari fail tu, maka selamat dan berjaya grad tepat pada masa. Syukur. The end (-_-")

    ReplyDelete
  2. haha..fans tegar filem P.Ramlee ni..

    alhamdulillah,selamat jumpa,kalau tak meraung la..tesis lak tu..sy dlu buat backup kt semua tempat yg boleh simpan sebab taknak sejarah mungkin berulang..kann..time tu ase seram sejuk tak badan?..termenung kenangkan masa depan..

    ReplyDelete
  3. Hari tu memang submission date untuk proposal. Tak silap few hours je tinggal. Nasib dapat balik. Tapi memang lepas tu panjang lebar luahan perasaan dalam fb.. Err..

    ReplyDelete
  4. huishh ngeri la kalau jadi macam tu..buat back up kat semua tempat next time lagi selamat..

    ReplyDelete
  5. Takpe. Zaman tu dah lama berlalu. Tapi memang sekarang ni certain benda memang ada buat backup la. Terutama melibatkan apa yang saya minat.. ^^

    ReplyDelete
  6. kann..at least we learn something from that incident.. ape minat awk?

    ReplyDelete
  7. Aah, moral of the story.. jangan cucuk pendrive dekat cc yang tak terjamin keselamatan komputernya.. (-_-) Minat? Hmm.. Takde yang specific pun. Ikut suka nak buat apa. Kadang2 tengok movie, jalan2 sorang, makan tempat2 tak pernah pergi, baca buku, kadang ada member karoke, bowling.. haa banyak tu.. Awak pulak?

    ReplyDelete
  8. btol2..jgn cucuk sebelum nyesal sepanjang hayat..huhu..sy pun byk gak,baca buku best lgi2 genre yg mcm psiko skit..ice skating major hobies..^_^

    ReplyDelete
  9. Owh ye ke? Leh ganti Kim Yuna la ni.. (^.-) Pernah main ice skating sekali je tu pun sebab gf ajak teman (lebih tepat lagi ex-gf) masa zaman study dulu. Tu je la lepas tu takde dah pergi main ice skating sebab takde orang ajak. So, kalau takde benda nak buat kat rumah kadang2 capai je gitar tu dan main je saja-saja. =)

    ReplyDelete

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...