July 01, 2017

tak faham dengan hajar!

Assalamualaikum gaiss..

aku tengah layan drama semusim rindu. suka tengok ben amir sebenarnya. macam lee min ho kalau versi kulit sawo matang gitu! tapi tu takpelah.. yang aku tak faham dengan si hajar tu. dia buta ke atau buat-buat buta dengan si ikhman tu..lahai man kesian kau! memang dia ada buat silap tapi everybody deserves a second chance.. haaa except her mak long! (aku still tak boleh move on dengan cerita 15 tahun lepas..kena dera teruk babe! mungkin nanti aku akan bagi chance tapi bukan sekarang. dan aku confius trauma si hajar dgn ikhman mengatasi trauma dgn maklong dia..parah si hajar ni) aku pun tatau lah kenapa dia takot sangat dengan si ikhman tu.. padahal eddy pun pernah gak ade cobaan untuk rape si hajar tu..but never happen pun..benci betul dia kat ikhman tu.. 

bukan lah sebab aku suka si ben amir tu aku back up dia cume aku nampak kot effort dia nak kat hajar tu dari mula dia memang totally different dengan bila dia dah kenal hajar. man betul-betul kejar cinta si hajar tu. tapi yang hajar ada hanya perasaan benci. hat tu aku tak faham! manusia memang gitu kan. bila ada manusia lain yang betul-betul sayang dan cinta dibuang, dicampak ke tepi perasaan manusia tu. kita lebih memilih perasaan suka kita, perasaan cinta kita kepada orang lain yang belum tentu boleh jaga macam dia.


hajar suka azim (jimmy) sebab masa lampau dorang punya kenangan manis sama-sama. aku faham kalau hajar suka kat azim cume pertimbangkan lah perasaan ikhman yang dah lama tunggu turn untuk dapatkan cinta kau tu hajar. tengok muka ikhman sedih nampak sangat betul-betul redha dengan ape yg akan jadi lepas ni. ep.24 baru.. tak sabar nak tunggu next week.. tapi aku sangat setuju dgn kata-kata arwah mak hajar kt paksu hilal dia. " kalau nak bahagia dunia akhirat pilihlah orang yang mencintai kita. janganlah pilih orang yang kita cintai..

p/s : hajar pliss pilih ikhman! 

May 12, 2017

GILA!

dunia makin pelik! dunia makin padat dengan manusia yang pelik onahnya. pemikiran dibawah sedar manusia yang cenderung untuk melakukan sesuatu yang gila! yang di luar norma biasanya komuniti mereka.
Frued juga pernah menyebut dalam teori psikoanalitik beliau dimana ID merupkan ego/ kehendak seseorang individu yang wajib dipenuhi. jika tidak individu bakal bertukaq menjadi hijau dan akan menghuru-harakan seluruh bandar. (lol!)
gila! manusia gila!
kerana dendam kesumat sanggup menduakan tuhan. menyebur sana dan sini demi kepuasaan hati yang hitam.
gila! manusai gila!
kerana cinta yang mengila sanggup bergadai nyawa yang nyata bukan hak kita untuk dicabut demi sang kekasih yang berani mendua.
gila! manusia gila gamaknya!
kerana perasaan mengjengkelkan tersimpan terlalu lama, engkau tergamak melapah daging, menjilat darah orang tua sendiri demi mendapatkan ketenangan semasa pulang ke rumah.
gila! manusia gila akhirnya!


apabila manusia yang selalu normal mendapat tekanan jiwa dan mental mampu bertukaq menjadi seseorang yang lain. yang tak termampu engkau bayangkan zalimnya, yang tak tercapai akalnya engkau untuk memikirkannya.

gila! dunia banjir dengan manusia yang sakit mentalnya. hitam hatinya. mungkin kerana desakan hidup yang memuncak membenarkan tindakan bawah sedarnya engkau menguasai keadaan hidupnya engkau!. tak percaya? tengok keliling, buat penilaian. dan engkau akan lebih menghargai setiap detik hidup kerana engkau masih sihat mentalnya. santap nikmat sepuas-puas sebelum kau menajdi separuh daripada warga gila.

p/s : untuk kalian lebih menghargai hidup kalian, aku syorkan kalian baca buku kontrol histeria, gila, main gila, heroin. ini semua bawah terbitan legen press. (kalau tak silap lah). buku ni banyak buat aku buka mata, buka hati.

p/s 2 : aku suka baca buku seram, yg gila, yg psiko. kecuali cinta lah..aku tak berapa minat. kalau korang ada suggestion buku yg best2 dlm genre yg aku suka tu boleh comment sikit kat bawah.

PICKUP LINE 24/7

Pipi aku bolehnya tukar jadi pau kacang merah akibat asyik tersenyum dari pagi sampailah ke petang bila tengok pesanan ringkas yang engkau hantaq. bibirnya aku sudah mulai kebas dengan senyuman yang tak lekang gara-gara ayat kau yang semanis kurma tu! (boleh kena diabetes woo!)..

Walaupun sudah berjuta kali kau beri ayat yang sama manisnya dengan gula pasir tapi aku ini tetap mencair macam ais krim vanila makannya ditengah terik panas hari. engkau buat aku benar-benar rasa seperti ada rama-rama dalam perut berterbangan takkala kau menghiburkan aku dengan kata-kata pujangganya engkau.

tapi tu dulu lahhh..duluu..haha 


April 22, 2017

Naluri Lelaki

selalunya naluri wanita ini kuat. seteguh pohon beringin atas bukit. tak boleh ada benda yang salah, pasti dapat hidu. 

dan selalunya lah juga naluri itu tepat mengena. setepat snipper shooter yang tak pernah miss targetnya.

tapi dia lain. dia lelaki sejati tapi punya naluri sekuat wanita. pantang sahaja memek muka lain, dicampur pula dengan gesture badan. haaa inilah masanya dia jadi Detektif Conan. siasat kes sampailah dapat jawapan yang dia mahu dengar.


P/s : bagus dapat partners yang macam ni sebab dia peka dengan apa yang berlaku dalam relationship walau kadangnya over ulloss..haha


April 20, 2017

Hadeh!

Dear M,

TQ for the 5 doodle-quote book that u given.


Dear M,

TQ for answered all my question in KIWI apps. FYI, I already uninstall that apps cause its getting bored day by day.

Dear M,

TQ for the wishes. But i can't accept your last present. just that one..TQ!


P/S : takyah cerita sampai ke anak cucu, cerita dengan partner aku je dia dah serabut boh.

P/S 2 : mohon ambil barang anda di receptionist company anda ok.

April 18, 2017

Forever 21

Mama,

Terima kasih melahirkan dan menjaganya aku sehingga aku dewasa begini. 

Mama,

Terima kasih membesarkan aku bagai kau menatangnya minyak yang penuh dengan kasih sayang yang cukup walaupun kita hidupnya sederhana.

Mama,

Terima kasih mendidik dan mengajar aku erti kehidupan. jatuh, bangkitnya aku kau selalu damping di sisi, bahagia, deritanya aku yang kau beri rasa melengkapkan hidupnya aku.

Mama,

Kau lah teman bicara, sahabat yang selalu berkelahi perkara remeh, kawan yang selalu support apa mahunya aku lakukan dalam hidup..

Mama,

Tiada ungkap yang bisa menunjukkan betapa sayang cintanya aku pada kau.

P/S : happy bornday kinkin..hanya itu aku mampu

P/S 2: trimas kepada yang mendoakan. sangat aku hargai.

April 14, 2017

Cool Down

breath in...breath out...breath in...breath out...fuuuuuu~~~

jangan terlalu mahu sangat nak bawa bekal roti telur goyang dengan milo panas sebab kau akan tertinggal separuh nyawa kau dekat rumah. bila separuh nyawanya kau tertinggal, kau mungkin akan pishang time lunch. mungkin jugak akan mati akibat kesuyian yang melampau.

bila separuh nyawa tadi kau terkenang-kenang, bermulalah fokus itu melayang ke awangan dan baru kau tersedar kau punya janji sama temannya kau. pasti berleter panjang lebar macam ETS nak ke IPOH lajunya kata yang keluaq dari bibir si teman.

lewat petang dengan harapan pinjam separuh nyawa rakan sejawat untuk bertanya khabaqnya separuh nyawanya kau. tapi malangnya shut out pulak..hampehhh! dugaan Jumaat yang indah. sekian.

P/S : nak keluaq g kerja jangan macam pemain bola sepak yang bermain pada minit yang terakhir permainan,kelam kabut mahu menang,tamatkan permainan. tengok betul-betul apa yang perlu ditinggal dan dibawa okayys! (pesanan utk diri sendiri lagi)

P/S 2 : do not depends on other..plissss ( again..pesanan ringkas untuk diri sendiri)

P/S 3 :  ohhh my smart phone! i already miss you..

Cinta Gila.

Lama rasanya jari ni tak menari-nari kat keyboard. sekarang aku tengah layan satu drama melayu malam-malam yang ade remy ishak dengan sari yanti tu.alaaa "CIK SERBA TAHU" tu..jangan kata aku layan korean drama je 24/7 sehari okay!..kakak layan semua cerita tau..universal ulloss..sekarang plot cerita drama tu tengah mood2 throwback zaman study si cik serba tahu tu yang mana cinta 3 segi antara 3 sahabat..ahh klise sgt kan..

seawal usia kau sudah kecundang. dek kerana terlalu ikutkan emosi yang celaru terkadang. harta dan nafsu menjadi jamuan duniawi mengisi jiwa kau yang meberontak untuk itu dan ini. cinta kini biasa bertukar menjadi tragedi yang mana kau sanggup membunuh rakan sendiri.


Emosi di bawah sedar menjadi kuasa utama dalam diri untuk tidak melihat orang yang kau suka rapat dengan manusia lain selain kau. keluh resah melihat senyuman, tawa si dia bukan untuk kau. ehh! psiko sangat kau ni. aku mohon manusia di luar urus emosi dengan baik kerana pada tamadun ini amat banyak pesakit mental yang jurusan lebih kepada urusan cinta yang tak dibalas.

P/S : kawal emosi, kawal fikiran, kawal kehendak. noted utk diri sendiri jugak.

P/S 2 : kalau tengah serabut ngat2 emosi tu, aku syorkan korang tengok satu forum ni "BERCINTA SELEPAS NIKAH". moga
dapat hidayah dalam perkongsian itu. moderator dia terbaik ulloss..confident aku nak hidup bila dengaq dia bercakap. 

DEAR STALKER 2.0

Dear M,

I knew u read my oldest post that why u did't posting again that things. thanks for your understanding. 


Dear M,

I really really hope that im not hurting u much. im not deserve it.


Dear M,

Thanks a lot!..i mean it..



P/S : aku pasti kau akan jumpa yang suka.

P/S 2 : teruskan dengan hobi kau yg awesome tu..tak ramai dah suka menyelak helaian kertas. oh ya! sedap suara kau dengan petikan gitar tu..mana tahu ada rezeki lain.. insyaAllah..


February 14, 2017

DEAR STALKER


DEAR M,

I ALREADY KNEW U. I THINK IT WAS U. EVENTHOUGH I DOES'NT HAVE A HINT. 
I'M TRULY APPREACIATE WHAT U HAVE DONE. YOUR EFFORT,YOUR TIME, MONEY DOING THIS AND THAT., EVEN YOUR FEELING. WHAT NEXT? EASY..BE MY FRIEND JUST LIKE WHAT WE ARE NOW. TO BE HONEST, IM TAKEN..I DO CONFESSING HERE BECAUSE I DON'T WANT GIVE U A HOPE..HOPING SOMETHING THAT NEVER HAPPEN BETWEEN US.

DEAR M,

I REALLY SORRY AND YUP! THANKS FOR BEING MY FRIEND EVEN NOT SO CLOSE.
U DESERVE SOMEONE BETTER THAN ME. GO FIND HER DUDE..I WILL SUPPORT U..I'M REALLY SURE THAT U CAN FIND YOUR ANGEL BECAUSE U ARE  SO SINCERE SHOWING YOUR TRUE FEELING. GO FIND AND CRAB HER.

DEAR M,

SORRY DUDE, KAMU LAMBAT, IM TAKEN. OH! ONE MORE THING..THANKS FOR THE BOOK THAT U GAVE ME. LIKE IT!


P/S: THANKS LA SEBAB LUANGKAN MASA G PEJABAT POS DAN POS. 

February 08, 2017

DONGAK KE LANGIT

Hidung kau tinggi, bukan sebab kau mancung. hidung kau tinggi bukan sebab kau banyak kacuk. tapi hidung kau tinggi sebab kau selalu mendonggak ke langit. tak hirau orang, tak prihatin sikapnya kau, tak mahu bergaul dengan yg bukan setaraf dengan standard piawainya kau.

Tahulah wahai kau, takabur terhadap nikmat yg kau punya. jangan sampai tertarik segala nikmat itu sudah. kau angkuh dengan harta. kau angkuh dengan apa adanya kau. "show off" yg melampau merupakan sikap yg sinonim dengan dirinya kau. "aku punya kereta, boleh pergi jauh berjalan ke merata tempat dan pelesuk". tapi kau lupa nak bawa mama pergi pasar beli lauk. dan bila harinya hujan, kau memandu kemain laju langgar lompak air tersimbah pejalan kaki hingga kuyup di awal pagi tanpa belas kasih. " aku punya rumah besar bagai istana, boleh ajak jiran beirtahu perkabaran seluruh kampung betapa besaq rumahnya kau. tapi kau lupa nak ambil kembali ibu kau yg diamnya dia di rumah orang tua di pinggir bandar.


p/s : habis lencun aku kena simbah. kuyup tau!

p/s2 : buatlah perkara yg memuaskan hati kita sendiri, jangan terlampau fikir pasal persepsi orang lain terhadap kau.

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...