December 17, 2018

**PROGRAM ASSESSMENT CENTRE (PAC) - Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat (S41)**

Assalamualaikum & salam sejahtera..salam perpaduan..

Pada entry kali ni aku nak share mengenai PAC yang aku dah hadiri pada 2 Disember 2018 lalu. seperti semua sedia maklum PAC a.k.a Program Assesment Centre yang mana bagi aku ia merupakan satu program untuk menilai kemahiran komunikasi interpersonal kau dengan manusia lain atau interaksi kau dengan sekumpulan manusia lain. Ia juga akan menguji tahap personaliti kau secara umum dengan menggunakan mekanisme yang telah ditetapkan oleh SPA.. PAC aku yang lepas adalah jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat gred (S41) dibawah Kementerian Pembangunan  Luar Bandar (KPLB).  ( http://www.rurallink.gov.my/en/ )

Pada mulanya aku dapat tahu mengenai PAC ni melalui personal emel aku. Sebenarnya aku nak delete emel yang menyemak kat inbox yang tak sempat nak baca dan aku ternampak emel SPA ni. selamat tak terlepas "lagi ". haaa aku pernah juga dapat PAC jawatan Pegawai  Belia  & Sukan bawah KBS. Tapi malangnya aku tengok emel on that day PAC tu berlangsung dan aku tengah sibuk kat office..hampehh..memang rugi besar lah.. Mungkin takde rezeki aku kat situ kan..ok takpe! sambung cerita..bila aku tengok emel tu terus aku tengok details apa yang penting seperti, tarikh,masa,tempat & dokumen yang perlu aku bawak pada hari kejadian..dalam emel tu juga ada jadual program..aku pun menunggu lah hari tersebut kunjung tiba..

PERSEDIAAN SEBELUM PAC

Selepas aku dapat tahu yang aku terpilih untuk program ni, aku terus google pasal PAC ni untuk tahu lebih lanjut sebab aku first time nak join program ni kan..rata-rata PAC yang lepas memerlukan satu hari untuk menghabiskan program tapi kali ni lain sikit sebab half days je dah boleh settle.
yang aku baca di blog yang lain mereka mempunyai 4 aktiviti manakala PAC kali ni hanya ada 2 aktiviti sahaja..(aku akan cerita lagi details 2 aktiviti aku kat bawah ni..)

SEMASA PAC

Antara perkara yang ditiitkberatkan adalah pemakaian /penampilan kalian pada hari tersebut. Kalian wajb memakai pakaian rasmi/formal dari atas sampailah kebawah..pakailah biar nampak macam pegawai sikit..haaa..jangan lupa dokumen dan alat tulis untuk menulis atau mengisi dokumen jika perlu. (al-kisah aku cari kasut yang macam guru besar pakai tu tapi mostly kedai yang aku pergi takde size aku..pffftt! ramai nau kot yang beli kasut nak ke PAC time tu..ahahah)


Pada jadual yang disediakan aku dapat sesi 1 iaitu sesi pagi buta. So dalam 7 pagi dah terpacak kat INFRA Kajang tu. ( http://www.infra.gov.my/web/BM/ ) Ingatkan aku je yang awal rupanya ada juga buddies yang semangat macam aku. Sampai kat depan dewan je fasi akan meminta kalian beratur untuk mengambil nombor badan. oh ya! dalam PAC ni kalian akan dikenali melalui nombor badan bukan nama ya~. Selepas tu aku dan yang lainnya diarah untuk masuk ke dewan. Sejurus masuk  ke dalam terus beratur balik untuk rekod berat dan tinggi..haah! kantoi disitu ye..BMI aku lalalala...lepas habis tu korang akan diarahkan pergi ke pegawai yang bertugas untuk mendaftar dengan membawa dokumen yang telah siap diisi dan gambar berukuran passport mereka nak jugak. Seterusnya kami mendengar taklimat ringkas dan sesi bergambar sebelum aku dan yang lainnya dibahagikan mengikut kumpulan.

Aktiviti 1 (perbincangan berkumpulan) - 1 JAM

Motif aktiviti - aku rasa aktiviti ni nak tengok team work kau dengan yang lainnya jika dapat sebarang tugasan. Tajuk yang kami dapat pada hari tu mengenai kebimbangan komuniti setempat terhadap projek insinerator sisa pepejal yang akan dilakukan oleh kerajaan. Bincangkan jalan penyelesaian mengikut jawatan yang diberikan. Hari tu lebih kurang 10 jawatan yang diberi seperti pengerusi majlis, YB/ADUN, pegawai PBT, Wakil belia, wakil wanita, wakil penduduk kampung, wakil NGO, pegawai daerah, wakil surau/masjid. Havoc jugak time discuss tu wei..semua nak tonjolkan diri, nak lontarkan buah fikiran masing-masing. Lepas berbincang inisiatif yang akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut, kalian akan diberi masa 10 minit untuk bentangkan apa yang telah dibincangkan. So settle satu aktiviti!.

Aktiviti 2 (Public Speaking) -  1 JAM

Haa guys,,rata-rata dalam group whatsapp PAC semua calon gelabah pasal ni lah. Aktiviti 2 ni public speaking yang mewajibkan kalian untuk bercakap fully english depan ahli kumpulan kalian yang tadi tu. Kalian akan cabut satu topik yang akan diberikan oleh fasi dan diberi masa selama 5 minit untuk bercerita mengenai topik tersebut. Walaupun hanya 5 minit, bila berdiri kat depan tu..rasa macam 5 jam tau..hahah..sejuk kaki tangan,muka pucat.. tapi kita enjoy je..jangan risau! Topik yang diberi takdelah yang memerlukan fakta sangat, lebih kepada topik umum yang korang dapat share guna apa yang ada dalam kepala otak je. Aku dapat tajuk "Effectiveness of public transportation in Malaysia". Motif aktiviti - aku rasa dia nak tengok confident level kau bercakap depan khalayak ramai..dalam taklimat ringkas pagi tu,disebabkan aku tak tidur dengar taklimat tu, aku dapatlah cerap apa yang pegawai tu sampaikan. (tak ngantuk sebab risau!) pegawai tu ade cakap, Tun M ada cakap at least pejawat awam berupaya untuk berbahasa inggeris. Lepas aktiviti ni kalian boleh beredar terus ke pintu keluar INFRA tu dan tinggalkan nombor badan yang ada kat bilik.

So tu je yang aku nak share pasal PAC yang aku dah pergi. haa! sebelum terlupa..sehari lepas PAC ni, kalian akan diminta untuk menjawab ujian psikometrik yang mempunyai soalan sebanyak 199 soalan dalam masa yang diperuntukkan untuk menjawab adalah selama satu jam sahaja. Tempoh diberikan untuk membuka links tersebut adalah 24 jam sahaja. So within 24 hours after kalian habis PAC tu dah boleh jawab.

Aku harap dapat membantu sikit for who those yang baru first time nak pergi PAC ni. Macam aku..heheh!


P/s: Buat preparation awal untuk ke sana nanti bagi menggelakkan kesulitan ke atas kalian terjadi.

P/s : Doakan aku guys, ada rezeki dapat pergi interview pulak.

P/s : Moge aku, kau, dan mereka dapat selangkah menuju kejayaan dalam hidup dunia & akhirat.










December 10, 2018

"GUNPLA A BUILDERS WORLDCUP 2018!"


The World Has Yet To See Your "GUNPLA"!!!


Lately ni zauj kakak suka nau tengok gundam. Pagi petang layan gundam je keje dia. Nak dijadikan cerita, dia ada ternampak iklan kat instagram dia pasal gundam expo 2018 ni dan 1 week before GUNPLA ni zauj kakak  dah ajak teman dia. Disebabkan dia dah layan kakak jadi korean food hunter, layan kdrama bagai, kakak pun dengan senang hati nak pergi teman dia ke sana.



 Setiap tahun akan diadakan kejuaraan tahunan GUNPLA which is Gunpla Builder World Cup (GBWC). Dan yang lebih awesome, pemenang competition ni akan mewakili negara Malaysia ke peringkat Dunia. woww!..

Tahun ni GUNPLA expo 2018 diadakan dekat Mytown Kuala Lumpur. Time kakak sampai tu takdelah crowded sangat mungkin sebab pergi time expo tu dah nak habis dn closing expo tu sebenanrnya pada keesokkan harinya. Staff kat situ cakap esok meriah yang amat sebab kita akan tahu pemenang GBWC 2018 yakni dialah yang akan jadi wakil negara nanti. Tapi yelah dah pergi harini kan, esok mungkin tidaklah nak pergi kan..haha..


Sekitar GUNPLA EXPO 2018 hari tu..okaylahh tak crowded nak tengok & nak beli..






 Nice giler piala dia kan! 😍😍



Zauj kita dalam diam kita biarkan dia, sampai dua belinya..sabo jela..



Semua contestant yang masuk competition ni akan mempamerkan GUNPLA dorang kat cermin kaca kat atas tu.. memang superb! kreatif gilerr lah dorang create gundam..fuhh! kalau tak caye jum tengok macam mana dorang mengekspresikan kreativiti..check this out!












Yang ni rare. Kakak tak tahu macam mana dia boleh terfikir nak buat pemegang keris tu daripada gundam..haha..very good idea but bagi kakak tak stabil untuk dibawa pergi berperang. Tapi kakak sangat sangat sangat sukakan inovasi yang dia ketengahkan! clap2!!








Cuba cari mana gundam dia?..kakak pun mencari jugak mulanya.terfikir dia mungkin guna teknik bayang sebab memang tak nampak..haa yang ni sesuai pergi berperang sebab mungkin musuh tak kan nampak dia kat dalam hutan belantara macam tu kan.




Last but not least, kakak harap entry ni berguna untuk fans gunpla yang lainnya. Mana tau ada yang berminat masuk competition ni kan..Ataupun nak jadikan hobi sepanjang hayat ke..kakak rasa lagi better daripada kau buat benda yang kurang berfaedah kat luar sana. Okay adios!


P/s : Ni kakak punya gundam dan kakak yang bina sendiri dibawah pemerhatian zauj tau. Kalau takde dia kakak rasa tak kan berjaya kot. Nak jugak experience sendiri macam dorang yang lain. Seronok gak wei!






 Ni bila zauj tinggalkan kejap..patut nampak pelik je.. Kakak ingat dia ade lemak kat peha..hahaha..sekali terbalik daaa..


Tadaaaaaaaaa!!!!!!!!!! dah siappp..bangga wei..haha


si Leha ni memang gitu, cepat sangat jatuh cintanya. Leman baru confess perasaan kat dia terus declare time tu jugak.. habis bunga potpourri kakak jadi mangsa. Moge bahagia hingga jannah.






















October 24, 2018

"YANG ZAHIR TAK MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN !"

" Tak kan ustaz nak menipu!"..

" Eh, dia selalu ke masjid lah, tak kan dia terima rasuah!"..

" Panjang tudung dia,mesti solat tak tinggal!"..

" Eh! bukan ke tu samseng kawasan sini, kenapa dia bagi pengemis tu makan?"..

"Tu kan pelacur yang kita terserempak kat lorong gelap semalam, kenapa dia ada kat surau kita ni?"..



Dan bila namanya manusia, sifatnya itu tak rigid.. Sekelip mata mampu berubah tingkahlakunya. Bukannya aku mahu mengkritik ataupun mengadili manusia lain cumanya mahu muhasabah diri agar tidaklah tergolong dalam golongan manusia yang sok baik..sok suci..

Mentaliti manusia zaman milenium ini masih di zamanya purba kala mungkin. Stereotaip terhadap lahiriah. Prejudis terhadap apa yang di percaya. Mendiskriminasi golongan yang dibenci dihina. Siapa kau untuk menghakimi setiap apa yang dilaku manusia sekelilingnya kau. Ingat! kau berasa diri terhormat, tinggi darjat kerna AIBnya kau masih ditutup segalanya. Tidak semua yang terihat di pancaindera persis dengan apa yang terkandung dalam sanubari manusia itu.

Tidak perlu mengadili manusia lain pada luarnya kerna manusia itu belum tentu seperti yang kau sangka. Mungkin manusia itu yang bakal menjadi malaikat penyelamat untuk kau masa depan nantinya.




P/s: cantik luar,cantik dalam, cantik dengar sini..kalau cantik senyum,cantik mesti cantik lagi..(hahhh~kakak nyanyi lagi kau..)

P/s: moga aku ,kau dan mereka berhenti meghakimi manusia lain

P/s : moga jauhkan pemikiran yang konservatif aku, kau dan mereka juga.





October 22, 2018

Life as a Zaujah

ISKANDAR & SYIKIN
Sebelum bernikah, banyak perkara yang aku fikirkan. Banyak hal yang berlegar-legar di ruang minda membuatkan hati aku berbolak- balik untuk meneruskan niat tersebut. Bila minta pesan dari sahabat, dianya pula kata itu perasaaan yang biasa. Dia juga pernah alami hal yang sama sepertinya aku bila dia ambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya.

Mungkin aku sudahpun punya stereotaip terhadap sayang menyanyangi, kasih mengasihi, cinta mencintai gamaknya. Bila hadir cinta tanpa dirancang oleh hatinya aku, buat aku rasa sejarah mungkin berulang..(eh tu lagu).. Dia menyapa lembut jiwa aku yang dah lama aku tutup sehingga aku terdetik dia jodoh yang terbaik buat aku dunia akhirat. CEWAH!

Penghidupan aku sekarang sebagai zaujah tidaklah seburuk dan seteruk yang cuba aku bayangkan. Aku punya lebih banyak masa kualiti bersama keluarga aku sendiri..Malah lebih rapat dari yang sebelumnya. Bertuahnya aku bila punya dua ayah, dan dua ibu..Terasa macam kena JACKPOT!!  Mitos pasal mertua membuli menantu bukan dalam hikayatnya aku. Syukur pada Yang Satu. Aku disempurnakan dengan cara yang begitu indah likunya.

Pada yang mahu nikah, teruskan niatnya kau kerna kau harus percaya masa depannya kau pasti lebih cerah daripada sebelumnya. Itu aku sure gila! Pada yang sudah menikah, harungi penghidupannya kau dengan memberi yang sehabis baik. Hargai pasangannya kau, moga hubungan diberkati dan diredhai dunia akhirat.


P/s: Zauj! lap you lahhh..

P/s: moga aku terus istiqomah untuk jadi zaujah solehah. Begitu juga kau ya!~






CARI PASAL SEKARANG NYESAL!






Well!~ what you give you get back. itulah menjaja cerita satu dunia. mengadu domba bagai nak gila..haa sekarang penyesalan berlipat kali ganda.. Rasakan lah akibat daripada tinglakunya kau, memperguna mulut dengan kata-kata hina..sekarang kau harus berdepan dengan apa yang kau sendiri cetuskan..Bukannya aku tidak pesan, cuma malas melayan perangai mulut tempayan..Kau punya keistimewaannya kau tersendiri yang lainnya tiada, gunakan lah! jangan siakan. ini tidak! mencari kesalahan orang lain demi untuk kepentingan diri..mengungkit atas segala pertolongan yang diberi. oh! baru aku tahu, kau punya tolong tidaklah sejujur dan setulus muka kau yang mulus innocent tu. Jika seperti itu, baiknya aku pada kau harus waspada. bukanya mahu stereotaip atau prejudis terhadapnya kau. tapi begitulah untuk meneruskan kelangsungan hidup.


P/S : Pulanglah ke asalmu tidak lagi ke memandangmu..haaa kakak siap nyanyi lagi.. mohon pergi dari pandangan majazi ini.. lol! cau~



January 20, 2018

IMPAK AYAT KE ATAS KIN

"Apa yang patut kita cintai adalah CINTA itu sendiri, Apa yang patut kita musuhi adalah PERMUSUHAN itu sendiri"

" Kadang kita perlu mundur sedikit untuk melompat lebih jauh"


Assalamualaikum...

Dua ayat kat atas paling terkesan kat aku. Ni ayat dalam movie AYAT-AYAT CINTA  2. Ayat first tu yang Fahri (Fedi Nuril) ucap dalam debat ilmiah dia dengan Baruch (Bront). As usual lah Fahri nampak paling Hero kat situ bila nenek Catarina mencelah dalam debat tu. Dan buat aku terfikir betapa indah cinta digambarkan. Cinta mahkluk tak rigid. Mampu berubah-ubah mengikut keadaannya manusia itu beremosi. Dan emosi sukar dikawal lalu alpha. Aku sangat suka motif yang AAC2 ni ketengahkan. Bukan kita membantu seseorang individu tu ikut agama dia, keturunan dia, atau darjat dia kat dunia ni. Tapi bantu individu atas dasar kemanusiaan. Aku pun tak tau aku mampu buat macam Fahri buat atau tak. Banyak scene dalam AAC2 buat aku berfikir sejenak apa sumbangan aku untuk masyarakat..haha well aku harap dapat membantu walaupun sikit.
Apa yang perlu kita jauhi adalah bermusuhan dengan orang sekeliling. Bila kita sendiri membenci dengan kehidupan yang kita jalani,pasti hati takan tenang dengan melihat kesenangan orang lain. Dan timbullah perasaan hasad dengki yang mana nak menjatuhkan seseorang. Orang macam ni teruskan hidup atas penderitaan orang lain. Baru dia rasa senang dan puas. Moga aku, suami dan keluarga dijauhkan segala perasaan negatif dengan orang sekeliling.  Janganlah mencetus perbalahan. Aku pernah dengar orang cakap mengaku salah lagi susah daripada meminta maaf. kadang-kadang kita perlu mengalah.tapi bukan beerti kita kalah. Mungkin kita lebih sayangkan keamanan dan pertalian yang terjalin. bencilah permusuhan itu pasti kau aman. kann..

Ayat kedua ni Fahri ucap time dia nak kena transfer g University Oxford kalau tak silap aku lah. Termotivasi jap aku dengar time Fahri ucap tu. Tak kisahlah walau tinggi mana tahap kau sekarang jangan sombong. Jangan rasa selesa dengan nikmat yang ada dan menzalimi yang lainnya. Kadang- kadang kita perlu buat keputusan yang sukar lagi- lagi yang melibatkan masa depan sebab kita tak boleh nampak jelas apa yang akan berlaku jika kita ambil jalan ni atau itu. Tapi ingat kita masih boleh predict. Bila kita dah punya kata putus, kita harus nekad. Jangan ketepikan hal-hal yang kecil sebab itu yang paling terkesan ke atas kita kelak. Tapi ayat Fahri ni buat aku rasa takpa untuk kita merasa keluar dari zone selesa dan try something yang baru utnuk merasa pengalaman yang mungkin kita takan dapat jika kita tak berganjak dari tempat selesa kita. so memang lepas ni, sebelum buat sesuatu decision tu maybe ayat Fahri ni akan  terlintas kat kepala hotak aku dulu. hahaha.. maybe akan jadi references gak. (tengok keadaan) Moga dipermudahkan segala urusan dunia aku dan kalian.



p/s : Scene yg paling tak boleh bla, bila Keira mintak Fahri kawin dengan dia. wahh kacau betul budak tu. Berani dia mintak nikah depan zaujah Fahri. SALUTE! sampai macam tu sekali dia nak balas kebaikan Fahri. Woo!

p/s 2 : haaa lagi satu yang buat aku fikir..semua omputih tu tau pulak bahasa indonesia sampai si Fahri lecture pun gune bahasa indonesia. yang omputih tu angguk2 je.. cakap je..ok bye..hahaha

January 18, 2018

Ma...

Ma...
kau satu tiada dua.
Kau lah intan kau lah permata.
Melengkapi segenap hidupnya aku dan saudara sedaging sedarah aku.

Ma...
tidak seorang manusia di muka bumi ini sayang aku seperti kau menyanyanginya diri aku.
tidak seorang manusia di alam ini sanggup berkorban jiwa dan raganya demi melihat bahagianya aku
dan tidak seorang manusia yang mampu tandingi hierakinya kau dalam hati aku sampai nafas aku terhenti mati.

Ma...
walau apa yang terjadi, baiknya aku, buruknya aku kau terima.
walau aku telah berbuat onar dan kadang membuat perasaan gusar dan gelisah sering datang menerjah fikirannya kau.

Ma...
saat aku kata mahu pergi, kau yang paling sedih seperti perginya aku tidak kembali bertemu dengan kau lagi.
saat aku kata mahu pergi, kau lah orang yang paling gembira kerana aku mahu jadi sepertinya kau. tugas dan tanggungjawab yang kau galas bakal aku merasa ketika ini.


Ma...
kini aku telah menggalas tangungjawab yang besar sepertinya kau. aku merasa bahagia dan senang. syukur! berkat dari redhanya kau terhadap jalinan yang diikat dan doanya kau yang tidak putus-putus ingin melihat aku bahagia.


P/S : ma aku rindu!! \/ (^0^) \/




LEVEL UP!

Assalamualaikum..

Bismillah..aku mengucap syukur kehadratnya Ilahi. Tanggal 1 Disember 2017 dengan sekali lafaz aku bertukar status dari bujang kepada isterinya orang. tarikh keramat yg aku tidak akan lupa seumur hayatnya aku. Aku amat bersyukur dan hargainya dia kerana telah terima seadanya aku. kekurangannya aku dan aku berharap dia mampu bertahan dengan perangai buruknya aku.

BUAT KAMU WAHAI ZAUJ..

Wahai sang zauj yg udah lama aku tunggu...
Bimbinglah aku. Pimpinlah aku hingga ke Jannah.

Wahai sang zauj yg setia...
Aku berharap setianya kamu hingga ke hari rambutnya kita tidak lagi hitam.

Wahai sang zauj yg aku sangat cinta...
Aku perlu kamu. jagalah aku semampunya kamu. sayangilah aku seperti tiada lagi hari esok untuk kita.

Wahai sang zauj penerang jiwa...
Aku berharap jalan hidupnya kita akan kita tempuh bersama demi masa depan yg bahagia hendaknya.


P/S : dah isteri orang kin. perangai tu kasi helokk sikit. dan kamu juga (hahah)

P/S 2 : Assalamualaikum encik zauj.. (^_^) \/

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...