I have a pen, my pen is blue,
I have a boyfriend, my boyfriend is you..
Itu surat cinta monyet aku
time nak pujuk monyet..eh silap..Nak pujuk
boyfriend time muda remaja. Surat kebenaran yang ini lain sikit. Apa yang lain?. Surat ini untuk mina izin jaga tepi kain kau sendiri bukan orang sebelah kiri mahupun kanan. Bukan apa, kalau tak kau tak ke sudah mem
'busy"kan diri bercerita mengenai yang lain.
Kehadapan kaki menyibuk,
Aku harap kau baik-baik saja. Aku harap kau bukan sedang berbisik mengenai aku, pakainya aku, jiran tetangga aku atau orang di sekitar yang kadangnya tidak pula kau kenal. Aku harap kau duduk diam-diam, tengok cerita hindustan sambil makan kuaci..Itu sudah memadai..
Wahai CNN bergerak,
Merujuk kepada perkara diatas, aku memohon untuk meminta izin supaya kau sibuklah mengeani hal ehwal hidupnya kau terlebih dahulu sebelum mengambil berat kepada yang lainnya. Aku tahu niat murni kau yang amat prihatin, cumanya prihatin kau itu bukan membantu tapi menambah kusut sesuatu keadaan. Aku puji dan sanjung niat mulia kau untuk bantu selesaikan masalah tapi inisiatif yang kau laku tidak bertepatan dengan keadaan pada saat dan ketika itu.
Wahai tukang jahit tepi kain orang,
Jangan lupa kau juga manusia. Yang mungkin nanti akan khilaf dan melaku silap. Dan jangan kau salahkan yang lain jika hal ehwal kau kelak dicarut dicanang. Jangan kau lupa juga manusia hidupnya ada turun naik, maka aku cuma tidak mahu hal yang sadis menimpa kau atas perilaku kau sendiri. Jangan kau lupa satu hal, manusia yang kau prihatin masalahnya juga punya mulut seperti kau yang sama-sama longkang.
Wahai kaki
busy body,
Akhir sekali, aku doakan kesejahteraan kau. Moga-moga kau ada sedikit insaf selepas baca surat aku ini.
its okay! aku dah maafkan kau. sekarang pergi minta kepada yang lainnya sebelum kau lewat.
p/s: Aku ingat nak beli cermin besau sikit, boleh cermin diri dulu.
Then baru boleh nasihatkan orang lain..hahaha
p/s1: Aku tak marah, itu hak individu, itu mulut kau, itu kau yang bersyair. Terserah kau!
p/s2: Mohon maaf atas segala khilaf aku..Aku manusia untuk pengetahuan kau..