November 26, 2016

#K.I.E.F.A

KIEFA...

Mulanya hanya rakan sekelas, tidak rasa rapat mahupun mengambil berat. Tidak juga bersua jika tidak mempunyai perlu. Tidak kongsi rasa dan laku. Mulanya hanya rakan sepejuangan, sering membimbing ke tangga kejayaan. Sering melakukan hal berkaitan pelajaran yang amat meletihkan minda dan badan.

KIEFA...

Masa berputar kini kita di peringkat atas dari kawan..atas dari rakan..kini kita sahabat,teman sejati yang kesana kemari berlima sentiasanya. Berkongsi rasa segala, menuju menara gading sambil berpimpinan. Adanya kalian di saat memerlukan, rindu bila berjauhan.

KIEFA...

Ya!, aku sangat syukur kerna di beri anugerah terindah punya sahabat dikala hati sedang gundah, punya sahabat dikala hati sedang menari riang. Masih kalian tetap di sisi aku walau ceritaku di canang kesana kemari oleh orang-orang psiko. Masih ututh cinta sayang kalian walau ada yang mahu memisah dek cemburu dengan kemesraan kita.


KIEFA....

Bilamana ada waktu yang perlu kita jauh dari mata, hubungan akrab dulunya perlu diperteguh. Walau masing punya lalulan dan haluan yang terpaksa tempuh. Harap hubungan ini tidak mudah dilupa dan boleh dicerita ke anak cucu kita bila hari tua sambil minum petang.


p/s: Aku pernah cakap dekat korang, kalau berani angkat kaki dan break our relationship..aku akan baling kasut kt korang. (aku juara main baling selipar tau kecik2 dlu..kena noted tu..haha)

p/s2: KIEFA, moge kita sentiasa mendoa yang terbaik untuk masingnya walau apa jua yg jadi akan datang.

p/s3: Terima kasih aku ucapkan sebab masih stick lagi dengan aku..



3 comments:

  1. Puitis jugak ayat2 dia ni rupanya.. Macam baca puisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saje nak berpuisi..nak bersyair takde bakat lagi..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...