November 11, 2016

Malu sokmo

Nama kau dipanggil guru, kau malu mahu bangun, takut digelak rakan dengan  jawaban bodoh lagi. Nama kau diseru dalam majlis perlantikan, kau malu untuk tampil ke hadapan menyerlah, segan diri tak cukup awesome untuk terima jawatan.

Bila hari mula mendung tanda hujan mahu turun, ibu kata Ali (bukan nama sebenar) bawa payung, kau kata malu membawa takut tertawa orang kerna lelaki melayu tak pegang payung waktu hujan,kami redah dengan gagah walau ribut yang datang. Kata Ali kepada ibunya.

Bila ibu masak kegemaran kau, kau makan tiga pinggan bagai punya saka di badan. Bila ibu cermat membekal makanan untuk kau di kala perut meragam, kau malu bawa, segan kata kau lagi dilihat rakan. Bagai miskin papa tak bisa makan di restoran hipster.

Bila azan memanggil kau berjemaah, hilang pula malu duduk berdiam terlena dek waktu. Bila irama menyatu dalam kesamaran, hilang juga malu kau berdansa bersama di khalayak hingga ke larut harinya. Bila kau tingkahnya langsang, hilang habis malu kau yang setebal salji di Gunung Everest.

p/s: Wahai sang pemalu yang amat, sila benamkan muka anda dalam mangkuk tandas. Al-fatihah untuk kau sebab pemalu nak mati.

p/s2: Wahai diri sendiri, take noted! Jangan malu tak kena tempat sebelum orang pula  bacakan Yassin untuk kau.

**Ali hanya merupakan watak sampingan dalam ini cerita. Jadi, pedulikan dia.

November 10, 2016

Alasan

Kau kata sudah keluarnya awal tapi sesak di trafik. Kau kata sudah makan tapi nak mengunyah lagi. Kau kata mahu siapkan tugas kau awal tapi drama kegemaran sudah mahu mula. Seribu satu alasan kau pamerkan di setiap salah lakunya kau. pasti saja ada yang menghalang perancangan kau bagai tidak mahu lihat kau perancang berwibawa,

"Alah bisa tegal biasa". Alasan kau boleh membuat hati tersiksa. kadang punya logiknya, Kadang bagai tiada habis fikir apa yang kau kata. Banyaknya kata hingga boleh buat orang menghilang. Pergi matilah dengan alasan kau yang berjuta!

Bila itu kau cari yang baru, punya alasan yang boleh dituju. Aku harap kau berhenti. Ya, STOP! Sebab aku kini terasa ingin menghilang nanti. Pastikan kata kau sama dikota, bikinnya kau sama dilaksana. Agar nanti dipercaya dan diyakin tingkah dan lakunya kau.

p/s: Ya! wahai diri sendiri, aku sedang bercakap mengenainya kau. Jangan berpura padang kanan kiri..heh!


Autokratik VS Demokratik

Manusia punya kuasa berada dalam dua landasan. Pertama, kuasa yang memberi manfaat kepda dirinya dan yang lain. Kedua, kuasa yang bisa menghancurkan dirinya dan yang lain. Kau manusia yang berada pada landasan mana? Aku jawab keduanya.

Jika kau mahu orang mendengar tiap arahannya kau, hormat padangan dan fikirnya orang terlebih dulu. Bukan mengguna segala kuasa untuk melaksana tugas tanggungjawab. Jika kau mahu orang memandang mulia dan atasnya kau, kau dulunya perlu pandang ke bawah melihat apa yang ada. Bukan hanya mendabik dada, meninggi hidung yang bak serombong kapal yang penuh debu asapnya.

Berhemah dalam setiap kata, berseloka dalam setiap senda, beramah dan mesra dengan yang bawahnya agar kewujudan kau berada dalam kesenangan semua. Kuasa bukan satu garis pengukur siapa atas,siapa bawah. siapa menang dan siapa kalah, siapa hebat siapa terlipat. Cumanya kuasa harus menjadi batu loncatan untuk mencapai sesuatu matlamatnya kau. Pemberontak akan hadirkan diri untuk menunjuk rasa ketidakpuasan hati. bikin hati ingin membalas dengan laku yang lebih kejam dari cara kau.

Aku mohon kau hidup dalam demokrasi yang pentingkan suara bakal pemberontak untuk dikunci. Ya! itu bukan lebih baik daripada hidup dalam dendaman yang tiada penghujung yang akan merusakkan jiwa lalu anda akan menjadi psiko....

p/s: Kalau tak tahu cerita, sila baca cerita sebelumnya yang berkepala PSIKO . Kau akan dapat jawapan. ya,scroll sekarang!

PSIKO

YA! Psiko itu kau.

Definisi Terminologi:

-Psikologi
Berasal dari perkataan Yunani iaitu "psyche" yang membawa maksud jiwa. "Logos" bererti mempelajari ilmu  tentang jiwa yang merangkumi 3 aspek iaitu saintifik, tingkahlaku dan proses mental.


BENAR! 3 aspek ini sangat pentingnya dalam memainkan peranan dalam setiap individu yang bergelar manusia, Dan aku rasa kau punya fungsi untuk ketiga ini sedang berkelahi masingnya.

Jiwa kau kadanganya bagai tiada pedoman. Bercerita kisah yang tiada di dunia, yang kabur dimata. Yang kau ingin hanya melihat yang lainnya berpecah dan belah. Sama seperti jiwa kau yang bercelaru bagai nak gila. Tidak pernah aku berjumpa manusia seperti kau yang tidak bisa melihat senangnya orang. Ada saja tingkah dan tuturmu berbaur cemburu. mendesak kau membuat ragam dan onar demi memuas hati yang hasad.

Sekali lagi, aku tidak pernah berjumpa dengan manusia seperti kau yang sehari-hari mencari bahan untuk di hancur. Muka kau yang dulunya manis kini aku lihat kelat tanpa senyuman. Hati kau yang dulunya lembut kini beku dengan sikap annoying-nya kau. Bukan niat memburukkan jiwa, menghina kata cumanya aku mahu kau kembali kepada sedia kala. Kembali kepada landasan yang sepatutnya bersama aku. Ayuh bekas kawan!. Aku tahu aku bukan sebaik manusia bagai uztazah memberi usrah pada hari jumaat. Aku hanya sebagai insan yang pernah berkongsi itu dan ini pada dulunya yang hanya ingin terbaik buat kau dan masa depan kita.

Sekali lagi wahai psiko bekas kawan,
Aku sudahpun maafkan apa yang dilakunya kau. Aku sudah lupa segala cacian, hinaan dan cerita dogeng yang dilempar ke atas aku. aku sudah move on, Kau bila lagi??

p/s: Wahai bekas kawan, harap kau berada dalam keadaan yang tenang jiwanya agar kau tidak merusakkan jiwa yang lain. Kalau masih tak tenang jugak, aku nasihatkan kau pergi ke atas bangunan yang paling tiggi di tempat kau dan terus lompat dari situ ok!..heh..

p/s2: wahai diri aku, janganlah jadi orang yang kabut jiwanya dengan hasad dan dengki.

November 09, 2016

TALAM BERLAUK

Muka elok, perangai nauzubillah minzalik. Itu manusia tak cukup cinta dan kasih. Bermuka-mika bila berkawan, berpura-pura bila melawan. Kisah talam paling hebat dan yang lainnya mampu jatuh ke jerat madah berhelahnya dia. Ya! aku tahu itu tajuk lagu...sudah!

"JANGAN CERITA KEPADA LAIN". Itulah yang dijaja pada TALAM yang lain. Kata hikmat yang diguna untuk menutup pekung didada. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut longkang  tetap membusuk walau di cover rapi. Kalau rahsia sulit alam semesta kau cerita, jangan terperanjat beruk kalau esok jiran tetangga sudah terima berita.

TALAM bermuka. Mungkin itu patut ada dalam sesetengahnya keadaan yang merumit. Disebabkan mukanya dan cerita mampu membaiki keadaan, itu talam berlauk namanya. masih ada kebaikan kepada semua awalau ia masih TALAM.

p/s: Talam berlauk yang menantu pak mat juai sodap oii..dengan daging cincang dan aroma daun sup tu buat aku tergoda..Eeee..memang bahaya yang namanya TALAM ni..jaga-jaga!

Tersuka!

Wahai KAU,

dulu waktunya kau kata kau suka sama aku. Jadi aku sengaja melihat kejujuran dan ikhlasnya ungkapan yang dikata itu. Dulu waktunya kau kata aku seperti insan yang pernah buat kau ketawa, tergelak bagai orang gila.

Tapi,
Hari ini aku lihat kau tersenyum tawar apabila aku merenung mata. Berselisih bahu  bagi tidak pernah bersua. Adakah kau sudah putus asa dengan perasaan kau dulunya? atau aku sudah mengguris hati dengan sikap dingin dan kata yang diucap aku?

Tapi,
Hari ini aku rasa kau bukanlah suka cuma hanya mencuba. Dan aku rasa itu memang tempatnya kau dari dulu waktu. Ikhlasnya kau hanya sementara, jujurnya kau sangat berpura. Nasib aku tidak mudah tunduk dengan omongan yang kosong nyata.

p/s: sila pergi dari terlihat kau dikaca mata. Mohon berambus dengan kata kosong kau.

AYAH


KEHADAPAN....

yah,

 Aku sedih bila melihat kau membanting tulang sehingga lewat usiamu kini. Aku sedih kerna masih tidak dapat menyenaNgkan dikau walau aku telah capai kejayaan ke menara gading.

 yah,
Aku kecewa dengan diri aku yang terasa sangat loser bila kau masih menaggung makan.minum dan pakai aku sehari-hari. Aku kecewa tidak dapat membalas apa yang diberi setua usiaku ini.
Aku kecewa sungguh bila melihat anak seusiaku membahagiakan orang tuanya, membeli itu dan ini bagi menampakkan pembalasan jasa.

yah,
Saat aku kata mahu pergi, kau diam seribu bahasa. Buat aku tertanya-tertanya apakah kebisuan itu tanda kau setuju atau sebaliknya. Its okay, yah! take your time.  Aku tahu kau masih belum ready melihatnya aku pergi..Jujurnya aku pun masih perlu harap kau ada disisi.

yah,
Terima aksih kerna menjaganya aku, Aku bangga punya kau walau kau tidak manja memberi apa yang aku pinta atas sebab kekuranganmu. Bukan aku mahu meminta lebih itu dan ini cumanya kadang aku terasa iri dengan kelebihan yang lainnya.

yah,
Kini aku lihat susuk tubuh kau dimamah usia. Raut wajah yang dulu persis awie, kini penuh dengan garisan halus. Helaian rambut kau bertukar, lebih putih dari hitamnya. Aku sedar masa aku bersama kau tidak banyak lagi. iziznkan aku meluang waktu bersama.

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...