November 09, 2016

Tersuka!

Wahai KAU,

dulu waktunya kau kata kau suka sama aku. Jadi aku sengaja melihat kejujuran dan ikhlasnya ungkapan yang dikata itu. Dulu waktunya kau kata aku seperti insan yang pernah buat kau ketawa, tergelak bagai orang gila.

Tapi,
Hari ini aku lihat kau tersenyum tawar apabila aku merenung mata. Berselisih bahu  bagi tidak pernah bersua. Adakah kau sudah putus asa dengan perasaan kau dulunya? atau aku sudah mengguris hati dengan sikap dingin dan kata yang diucap aku?

Tapi,
Hari ini aku rasa kau bukanlah suka cuma hanya mencuba. Dan aku rasa itu memang tempatnya kau dari dulu waktu. Ikhlasnya kau hanya sementara, jujurnya kau sangat berpura. Nasib aku tidak mudah tunduk dengan omongan yang kosong nyata.

p/s: sila pergi dari terlihat kau dikaca mata. Mohon berambus dengan kata kosong kau.

3 comments:

  1. Garangnye yang ni.. Kalau sy, kena berambus jugak ke boleh stay dekat sini?

    ReplyDelete
  2. haha..teremosi sendiri lak..cuma sampaikan perasaan bagi pihak2 yg berkenaan..and u can stay whenever u want..haha..

    ReplyDelete
  3. Kalau macam tu nak terus stay sini je la sampai kena halau la, boleh? =P Lagipun bukan senang nak jumpa blog macam ni. Rata-rata blog sekarang more to gosip artis, cerita viral, promote produk. Tipikal sangat. @.@

    ReplyDelete

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...