November 10, 2016

Alasan

Kau kata sudah keluarnya awal tapi sesak di trafik. Kau kata sudah makan tapi nak mengunyah lagi. Kau kata mahu siapkan tugas kau awal tapi drama kegemaran sudah mahu mula. Seribu satu alasan kau pamerkan di setiap salah lakunya kau. pasti saja ada yang menghalang perancangan kau bagai tidak mahu lihat kau perancang berwibawa,

"Alah bisa tegal biasa". Alasan kau boleh membuat hati tersiksa. kadang punya logiknya, Kadang bagai tiada habis fikir apa yang kau kata. Banyaknya kata hingga boleh buat orang menghilang. Pergi matilah dengan alasan kau yang berjuta!

Bila itu kau cari yang baru, punya alasan yang boleh dituju. Aku harap kau berhenti. Ya, STOP! Sebab aku kini terasa ingin menghilang nanti. Pastikan kata kau sama dikota, bikinnya kau sama dilaksana. Agar nanti dipercaya dan diyakin tingkah dan lakunya kau.

p/s: Ya! wahai diri sendiri, aku sedang bercakap mengenainya kau. Jangan berpura padang kanan kiri..heh!


No comments:

Post a Comment

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...