November 11, 2016

Malu sokmo

Nama kau dipanggil guru, kau malu mahu bangun, takut digelak rakan dengan  jawaban bodoh lagi. Nama kau diseru dalam majlis perlantikan, kau malu untuk tampil ke hadapan menyerlah, segan diri tak cukup awesome untuk terima jawatan.

Bila hari mula mendung tanda hujan mahu turun, ibu kata Ali (bukan nama sebenar) bawa payung, kau kata malu membawa takut tertawa orang kerna lelaki melayu tak pegang payung waktu hujan,kami redah dengan gagah walau ribut yang datang. Kata Ali kepada ibunya.

Bila ibu masak kegemaran kau, kau makan tiga pinggan bagai punya saka di badan. Bila ibu cermat membekal makanan untuk kau di kala perut meragam, kau malu bawa, segan kata kau lagi dilihat rakan. Bagai miskin papa tak bisa makan di restoran hipster.

Bila azan memanggil kau berjemaah, hilang pula malu duduk berdiam terlena dek waktu. Bila irama menyatu dalam kesamaran, hilang juga malu kau berdansa bersama di khalayak hingga ke larut harinya. Bila kau tingkahnya langsang, hilang habis malu kau yang setebal salji di Gunung Everest.

p/s: Wahai sang pemalu yang amat, sila benamkan muka anda dalam mangkuk tandas. Al-fatihah untuk kau sebab pemalu nak mati.

p/s2: Wahai diri sendiri, take noted! Jangan malu tak kena tempat sebelum orang pula  bacakan Yassin untuk kau.

**Ali hanya merupakan watak sampingan dalam ini cerita. Jadi, pedulikan dia.

No comments:

Post a Comment

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...