November 28, 2016

Kelam Bin Kabut

Angkat kain jemuran, hujan nak turun..Rupa-rupanya si sudin siram air kat pendekar Mustar daa..sebab nampak anak Pak Mustar,si Ros berjalan tergelek-gelek..haha..Ready payung sebelum hujan. Ya! bagus tindakan awal itu. Baik kita elak daripada terkena takut terdemam labi-labi pulak, sudah esok isnin kebetulan minta mc..

Keadaan jadi kelam kabut, haru-biru bila ketidakhadiran kau ke tempat kerja membuatkan boss akan keep calling tanya itu dan ini. Tidak pula ada siapa yang tahu bidang kerja yang kau lakukan. Itu salah kau sebab tak turunkan ilmu cepat-cepat dekat kambing hitam.

Bila hari present workfiled/research, perut kau mula meragam minta membuang sisa yang tak perlu oleh badan. Pada hari yang sama juga pendrive kesayangan yang banyak berjasa itu telah terkena virus anjing gila yang mana terus menyalak dan melarikan segala data dan slide presentation kau. Dengan perut sakit memulas-mulas, kau menangis berlalu pergi menhadap yang mulia lecture. Puji dia, sanjung dia dengan harapan kau dapat postpone hari pembentangan kau ke hari berikutnya. 85% dia seperti telah jatuh ke dalam penipuan verbal kau tadi cumanya lagi 15% tak menjadi sebab kau lupa zip semula celana disebabkan kelam kabutnya hari kau itu.

p/s: Walau apa pun terjadi, kau harus tabah untuk tempuh hari berikutnya. jadikan hari semalam sebagai satu panduan untuk hari berikut bukan untuk diulang tapi dielak daripada berlakunya peristiwa yang seram tu terjadi.

p/s2: Dalam hal ini pisang mungkin boleh berbuah dua kali..so hati-hati kawan.

p/s3: Walau rushing macam mana pun, zip jangan lupa tutup. Demi kebaikan bersama..

November 26, 2016

#K.I.E.F.A

KIEFA...

Mulanya hanya rakan sekelas, tidak rasa rapat mahupun mengambil berat. Tidak juga bersua jika tidak mempunyai perlu. Tidak kongsi rasa dan laku. Mulanya hanya rakan sepejuangan, sering membimbing ke tangga kejayaan. Sering melakukan hal berkaitan pelajaran yang amat meletihkan minda dan badan.

KIEFA...

Masa berputar kini kita di peringkat atas dari kawan..atas dari rakan..kini kita sahabat,teman sejati yang kesana kemari berlima sentiasanya. Berkongsi rasa segala, menuju menara gading sambil berpimpinan. Adanya kalian di saat memerlukan, rindu bila berjauhan.

KIEFA...

Ya!, aku sangat syukur kerna di beri anugerah terindah punya sahabat dikala hati sedang gundah, punya sahabat dikala hati sedang menari riang. Masih kalian tetap di sisi aku walau ceritaku di canang kesana kemari oleh orang-orang psiko. Masih ututh cinta sayang kalian walau ada yang mahu memisah dek cemburu dengan kemesraan kita.


KIEFA....

Bilamana ada waktu yang perlu kita jauh dari mata, hubungan akrab dulunya perlu diperteguh. Walau masing punya lalulan dan haluan yang terpaksa tempuh. Harap hubungan ini tidak mudah dilupa dan boleh dicerita ke anak cucu kita bila hari tua sambil minum petang.


p/s: Aku pernah cakap dekat korang, kalau berani angkat kaki dan break our relationship..aku akan baling kasut kt korang. (aku juara main baling selipar tau kecik2 dlu..kena noted tu..haha)

p/s2: KIEFA, moge kita sentiasa mendoa yang terbaik untuk masingnya walau apa jua yg jadi akan datang.

p/s3: Terima kasih aku ucapkan sebab masih stick lagi dengan aku..



November 15, 2016

JURUS BELA DIRI

Bela diri menjadi mekanisme utama bagi menyelamatkan diri kau dari dipersalah. Bela apa yang termampu kerna jika tidak kepala kau akan dipijak. Alam mencari rezeki teramat gerun situasinya. Jika silap langkah kau yang kecundang ke lembah jiwa yang tak tenang.

Bila ditunding harap kau mampu untuk menunding balik kerna bukan mudah untuk berdiri atas kaki kau sendiri jika senjata sudah di acu dan ditekan bertubi-tubi. Jurus ini amat penting rolenya dalam pastikan kau tidak jatuh tersungkur lalu ditimpa tangga.

Pergilah cari senjata untuk dibuat perisai. Sebelum kau ditikam belakang. Penuhkan dada dengan bertimba ilmu agar kau tidak diperkotak-katikkan sesetengah individu. Tahu sedikit selok belok tingkah dan laku. InsyaAllah aku doakan apa yang termampu.

p/s: Jurus ni kena mahirkan sebelum jadi mangsa keadaan.

p/s2: Kambing hitam sedang tergelak tengok kau sebab kau akan gantikan tempat dia..haha

p/s3: Malu bertanya sesat jalan. Ye! aku tau kau ade waze.. Tapi alamat ilmu takde siape yang tahu tapi wajib cari.

LETIH

Aku letih......

Kepala pusing menjawab soal kerja, perasaan bercampur-baur untuk diekspresi, minda letih setelah di kerah berkali-kali. Badan lesu dek kerana tiada banyak pergerakan diambil sehari. Mahu saja aku rebahkan tulang empat kerat ini di atas empuknya tilan di kamar aku dan biar terbuai mimpi.

Aku letih....

Malang tetapi aku masih berada di tempat aku mencari rezeki. Bersama kertas bertaip yang tak jemu menemani. Buat hidup aku gusar menanti hari yang datang lagi. Orang besar masih mengerling ke arah aku curiga atas kerja lebihan waktu aku yang seperti disengajakan. Bukan mahu protes tapi cuba untuk membela nasib yang sadis. Tidak semua punya tilik yang cantik. aku harus bersungguh kerah ke nasib yang lebih baik.

Aku letih....

Penat lelah sendiri tanggung, cuba untuk memaju diri. Malang sungguh tiada peduli, hanya aku simpati diri. Drama kini semakin "awesome" episodnya, aku pula hanya watak extra tapi punya tanggungjawab watak utama.  Mahu saja tamatkan segera tapi aku tidak punya kuasa. sudah! aku letih dengan permainan ini..nak uninstall boleh?

p/s: ISO version baru ni betul-betul menguji kesabaran dan iman di dada aku.

p/s2: kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

November 14, 2016

F.A.N.T.A.S.T.I.C B.E.A.S.T.S And Where To Find Them

Izinkan aku jerit dulu...
WOOoooWwww!!!!!!

 Assalamualaikum...Kalau tak jawab dosa,Kalau jawab suka..hik!

First of all, post kali ni aku nak review pasal film fantastic beasts. Yes! bukan review pasal film tu, its like more to stalking..hihi.. Sebab film ni belum release lagi. Nak tau bila dia? aajumm layan sikit trailer ni dulu yuk!



Haaaaaa..Wei siyes aku memang tak sabar gila nak mati tengok film ni tau sebab aku memang damn suka kalau film/drama yg genre magic ni. Film akan ditayangkan pada 17 NOVEMBER 2016. SOON guys!! Aku tengah menghitung hari je ni.

Ok, now aku tak nak panjang lebar cerita sinopsis kat sini sebab aku nak korang sendiri pergi kat offical website FB ni sebab kat situ semua yang korang nak tau ada. Jadi ape tunggu lagi klik link ni http://www.fantasticbeasts.com/. Macam aku cakap tadi semua tentang FB korang bole stalk kat sini. Dari sinopsis, character, soundtrack, sampailah gambo-gambo beasts yang ade dalam film tu. boleh tahan gempak la jugak website tu..boleh laa..

Korang boleh jugak follow twitter and instagram FB yang korang boleh tengok kat dalam website kat atas tu (sila klik sekarang,seriously tak menyesal babe)..

Ok now aku nak reveal sikit pasai character dalm FB..lantaklah aku tak sabar nak cerita..hahaha


Ni lah Newt Scamander.. mogiclogist merangkap hero dalam film ni. Dia mengembara sebab nak cari beasts. Dengar cerita dia ni bekas student Hogwart's wei..tapi dia kena gantung kot sebab kantoi panjat pagar Hogwart's nak balik rumah..homesick katanya..(takde2..tu cerita dongeng aku tapi pasai yg dia ex-student Hogwart's tu betul ea) kat situ la nanti dia jumpa macam-macam beasts antaranya:









aku tak sabar nak tengok SWOOPING EVIL + BILLYWIG..nampak cute gila kan..Niffler pun..rasa nak tarik muncung dia..arghhhh..

ok untuk next character aku nak korang klik kt website yang aku mention tadi sebab aku excited dengan Newt and his beasts only. kalau korang nak lebih boleh klik kat webiste di atas ok.. =)

**FB- merujuk kepada Fantastic Beasts

p/s: bukan ape, saja nak share sebab excited yang sangat..mohon memahami..



November 11, 2016

Buruk Siku

Buruk perangai kau, siku yang dipersalahkan. Jangan menfitnah anggota badan sendiri kerna di akhirat susah kelak menanti.

Itu orang kata bila memberi biar ikhlasnya dapat dirasa penerima. Jangan bila marahnya kau hadir, mengungkit segala berian di kala waktu. Jangan bila emosinya kau hadir, di ambil pula kembali apa yang dihulur. Itu bukan buruk siku, itu buruk perangai kau.

Dan apa yang diberi jangan lah pula diminta-minta kembali. Perilaku kau itu sangat keanakan. Bila suka kau beri, Bila tidak kau rampas kembali. so childish! 

p/s: Mohon kau letak lotion disiku biar tidak dilihat buruk seperti dulu.

p/s2: Lihat siku sendiri dulu sebelum orang sebelah ok! #selfmotivation

Malu sokmo

Nama kau dipanggil guru, kau malu mahu bangun, takut digelak rakan dengan  jawaban bodoh lagi. Nama kau diseru dalam majlis perlantikan, kau malu untuk tampil ke hadapan menyerlah, segan diri tak cukup awesome untuk terima jawatan.

Bila hari mula mendung tanda hujan mahu turun, ibu kata Ali (bukan nama sebenar) bawa payung, kau kata malu membawa takut tertawa orang kerna lelaki melayu tak pegang payung waktu hujan,kami redah dengan gagah walau ribut yang datang. Kata Ali kepada ibunya.

Bila ibu masak kegemaran kau, kau makan tiga pinggan bagai punya saka di badan. Bila ibu cermat membekal makanan untuk kau di kala perut meragam, kau malu bawa, segan kata kau lagi dilihat rakan. Bagai miskin papa tak bisa makan di restoran hipster.

Bila azan memanggil kau berjemaah, hilang pula malu duduk berdiam terlena dek waktu. Bila irama menyatu dalam kesamaran, hilang juga malu kau berdansa bersama di khalayak hingga ke larut harinya. Bila kau tingkahnya langsang, hilang habis malu kau yang setebal salji di Gunung Everest.

p/s: Wahai sang pemalu yang amat, sila benamkan muka anda dalam mangkuk tandas. Al-fatihah untuk kau sebab pemalu nak mati.

p/s2: Wahai diri sendiri, take noted! Jangan malu tak kena tempat sebelum orang pula  bacakan Yassin untuk kau.

**Ali hanya merupakan watak sampingan dalam ini cerita. Jadi, pedulikan dia.

November 10, 2016

Alasan

Kau kata sudah keluarnya awal tapi sesak di trafik. Kau kata sudah makan tapi nak mengunyah lagi. Kau kata mahu siapkan tugas kau awal tapi drama kegemaran sudah mahu mula. Seribu satu alasan kau pamerkan di setiap salah lakunya kau. pasti saja ada yang menghalang perancangan kau bagai tidak mahu lihat kau perancang berwibawa,

"Alah bisa tegal biasa". Alasan kau boleh membuat hati tersiksa. kadang punya logiknya, Kadang bagai tiada habis fikir apa yang kau kata. Banyaknya kata hingga boleh buat orang menghilang. Pergi matilah dengan alasan kau yang berjuta!

Bila itu kau cari yang baru, punya alasan yang boleh dituju. Aku harap kau berhenti. Ya, STOP! Sebab aku kini terasa ingin menghilang nanti. Pastikan kata kau sama dikota, bikinnya kau sama dilaksana. Agar nanti dipercaya dan diyakin tingkah dan lakunya kau.

p/s: Ya! wahai diri sendiri, aku sedang bercakap mengenainya kau. Jangan berpura padang kanan kiri..heh!


Autokratik VS Demokratik

Manusia punya kuasa berada dalam dua landasan. Pertama, kuasa yang memberi manfaat kepda dirinya dan yang lain. Kedua, kuasa yang bisa menghancurkan dirinya dan yang lain. Kau manusia yang berada pada landasan mana? Aku jawab keduanya.

Jika kau mahu orang mendengar tiap arahannya kau, hormat padangan dan fikirnya orang terlebih dulu. Bukan mengguna segala kuasa untuk melaksana tugas tanggungjawab. Jika kau mahu orang memandang mulia dan atasnya kau, kau dulunya perlu pandang ke bawah melihat apa yang ada. Bukan hanya mendabik dada, meninggi hidung yang bak serombong kapal yang penuh debu asapnya.

Berhemah dalam setiap kata, berseloka dalam setiap senda, beramah dan mesra dengan yang bawahnya agar kewujudan kau berada dalam kesenangan semua. Kuasa bukan satu garis pengukur siapa atas,siapa bawah. siapa menang dan siapa kalah, siapa hebat siapa terlipat. Cumanya kuasa harus menjadi batu loncatan untuk mencapai sesuatu matlamatnya kau. Pemberontak akan hadirkan diri untuk menunjuk rasa ketidakpuasan hati. bikin hati ingin membalas dengan laku yang lebih kejam dari cara kau.

Aku mohon kau hidup dalam demokrasi yang pentingkan suara bakal pemberontak untuk dikunci. Ya! itu bukan lebih baik daripada hidup dalam dendaman yang tiada penghujung yang akan merusakkan jiwa lalu anda akan menjadi psiko....

p/s: Kalau tak tahu cerita, sila baca cerita sebelumnya yang berkepala PSIKO . Kau akan dapat jawapan. ya,scroll sekarang!

PSIKO

YA! Psiko itu kau.

Definisi Terminologi:

-Psikologi
Berasal dari perkataan Yunani iaitu "psyche" yang membawa maksud jiwa. "Logos" bererti mempelajari ilmu  tentang jiwa yang merangkumi 3 aspek iaitu saintifik, tingkahlaku dan proses mental.


BENAR! 3 aspek ini sangat pentingnya dalam memainkan peranan dalam setiap individu yang bergelar manusia, Dan aku rasa kau punya fungsi untuk ketiga ini sedang berkelahi masingnya.

Jiwa kau kadanganya bagai tiada pedoman. Bercerita kisah yang tiada di dunia, yang kabur dimata. Yang kau ingin hanya melihat yang lainnya berpecah dan belah. Sama seperti jiwa kau yang bercelaru bagai nak gila. Tidak pernah aku berjumpa manusia seperti kau yang tidak bisa melihat senangnya orang. Ada saja tingkah dan tuturmu berbaur cemburu. mendesak kau membuat ragam dan onar demi memuas hati yang hasad.

Sekali lagi, aku tidak pernah berjumpa dengan manusia seperti kau yang sehari-hari mencari bahan untuk di hancur. Muka kau yang dulunya manis kini aku lihat kelat tanpa senyuman. Hati kau yang dulunya lembut kini beku dengan sikap annoying-nya kau. Bukan niat memburukkan jiwa, menghina kata cumanya aku mahu kau kembali kepada sedia kala. Kembali kepada landasan yang sepatutnya bersama aku. Ayuh bekas kawan!. Aku tahu aku bukan sebaik manusia bagai uztazah memberi usrah pada hari jumaat. Aku hanya sebagai insan yang pernah berkongsi itu dan ini pada dulunya yang hanya ingin terbaik buat kau dan masa depan kita.

Sekali lagi wahai psiko bekas kawan,
Aku sudahpun maafkan apa yang dilakunya kau. Aku sudah lupa segala cacian, hinaan dan cerita dogeng yang dilempar ke atas aku. aku sudah move on, Kau bila lagi??

p/s: Wahai bekas kawan, harap kau berada dalam keadaan yang tenang jiwanya agar kau tidak merusakkan jiwa yang lain. Kalau masih tak tenang jugak, aku nasihatkan kau pergi ke atas bangunan yang paling tiggi di tempat kau dan terus lompat dari situ ok!..heh..

p/s2: wahai diri aku, janganlah jadi orang yang kabut jiwanya dengan hasad dan dengki.

November 09, 2016

TALAM BERLAUK

Muka elok, perangai nauzubillah minzalik. Itu manusia tak cukup cinta dan kasih. Bermuka-mika bila berkawan, berpura-pura bila melawan. Kisah talam paling hebat dan yang lainnya mampu jatuh ke jerat madah berhelahnya dia. Ya! aku tahu itu tajuk lagu...sudah!

"JANGAN CERITA KEPADA LAIN". Itulah yang dijaja pada TALAM yang lain. Kata hikmat yang diguna untuk menutup pekung didada. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut longkang  tetap membusuk walau di cover rapi. Kalau rahsia sulit alam semesta kau cerita, jangan terperanjat beruk kalau esok jiran tetangga sudah terima berita.

TALAM bermuka. Mungkin itu patut ada dalam sesetengahnya keadaan yang merumit. Disebabkan mukanya dan cerita mampu membaiki keadaan, itu talam berlauk namanya. masih ada kebaikan kepada semua awalau ia masih TALAM.

p/s: Talam berlauk yang menantu pak mat juai sodap oii..dengan daging cincang dan aroma daun sup tu buat aku tergoda..Eeee..memang bahaya yang namanya TALAM ni..jaga-jaga!

Tersuka!

Wahai KAU,

dulu waktunya kau kata kau suka sama aku. Jadi aku sengaja melihat kejujuran dan ikhlasnya ungkapan yang dikata itu. Dulu waktunya kau kata aku seperti insan yang pernah buat kau ketawa, tergelak bagai orang gila.

Tapi,
Hari ini aku lihat kau tersenyum tawar apabila aku merenung mata. Berselisih bahu  bagi tidak pernah bersua. Adakah kau sudah putus asa dengan perasaan kau dulunya? atau aku sudah mengguris hati dengan sikap dingin dan kata yang diucap aku?

Tapi,
Hari ini aku rasa kau bukanlah suka cuma hanya mencuba. Dan aku rasa itu memang tempatnya kau dari dulu waktu. Ikhlasnya kau hanya sementara, jujurnya kau sangat berpura. Nasib aku tidak mudah tunduk dengan omongan yang kosong nyata.

p/s: sila pergi dari terlihat kau dikaca mata. Mohon berambus dengan kata kosong kau.

AYAH


KEHADAPAN....

yah,

 Aku sedih bila melihat kau membanting tulang sehingga lewat usiamu kini. Aku sedih kerna masih tidak dapat menyenaNgkan dikau walau aku telah capai kejayaan ke menara gading.

 yah,
Aku kecewa dengan diri aku yang terasa sangat loser bila kau masih menaggung makan.minum dan pakai aku sehari-hari. Aku kecewa tidak dapat membalas apa yang diberi setua usiaku ini.
Aku kecewa sungguh bila melihat anak seusiaku membahagiakan orang tuanya, membeli itu dan ini bagi menampakkan pembalasan jasa.

yah,
Saat aku kata mahu pergi, kau diam seribu bahasa. Buat aku tertanya-tertanya apakah kebisuan itu tanda kau setuju atau sebaliknya. Its okay, yah! take your time.  Aku tahu kau masih belum ready melihatnya aku pergi..Jujurnya aku pun masih perlu harap kau ada disisi.

yah,
Terima aksih kerna menjaganya aku, Aku bangga punya kau walau kau tidak manja memberi apa yang aku pinta atas sebab kekuranganmu. Bukan aku mahu meminta lebih itu dan ini cumanya kadang aku terasa iri dengan kelebihan yang lainnya.

yah,
Kini aku lihat susuk tubuh kau dimamah usia. Raut wajah yang dulu persis awie, kini penuh dengan garisan halus. Helaian rambut kau bertukar, lebih putih dari hitamnya. Aku sedar masa aku bersama kau tidak banyak lagi. iziznkan aku meluang waktu bersama.

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...