November 15, 2016

LETIH

Aku letih......

Kepala pusing menjawab soal kerja, perasaan bercampur-baur untuk diekspresi, minda letih setelah di kerah berkali-kali. Badan lesu dek kerana tiada banyak pergerakan diambil sehari. Mahu saja aku rebahkan tulang empat kerat ini di atas empuknya tilan di kamar aku dan biar terbuai mimpi.

Aku letih....

Malang tetapi aku masih berada di tempat aku mencari rezeki. Bersama kertas bertaip yang tak jemu menemani. Buat hidup aku gusar menanti hari yang datang lagi. Orang besar masih mengerling ke arah aku curiga atas kerja lebihan waktu aku yang seperti disengajakan. Bukan mahu protes tapi cuba untuk membela nasib yang sadis. Tidak semua punya tilik yang cantik. aku harus bersungguh kerah ke nasib yang lebih baik.

Aku letih....

Penat lelah sendiri tanggung, cuba untuk memaju diri. Malang sungguh tiada peduli, hanya aku simpati diri. Drama kini semakin "awesome" episodnya, aku pula hanya watak extra tapi punya tanggungjawab watak utama.  Mahu saja tamatkan segera tapi aku tidak punya kuasa. sudah! aku letih dengan permainan ini..nak uninstall boleh?

p/s: ISO version baru ni betul-betul menguji kesabaran dan iman di dada aku.

p/s2: kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

No comments:

Post a Comment

Latest newzz!

"KAKI BODEK"

Tak sah kalau satu hari kau tak mengipas untuk dapatkan sekelumit perhatian. Biar yang lainnya memandang tepat ke arah kau dan yes! misi ber...